Skip to content

Ekoran laporan palsu Malaysiakini, pemimpin dan ahli DAP, terutamanya wakil rakyat, harus mengelak daripada membuat sebarang ulasan atau kenyataan awam berkaitan jawatan dan pencalonan pada pilihan raya negeri akan datang

Malaysiakini memilih untuk membuat laporan salah dan meminggirkan integriti kewartawanan dengan menerbitkan laporan palsu terhadap pemimpin DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pulau Pinang, yang merupakan penyokong dan tanpa memegang sebarang jawatan kerajaan negeri. Menghadapi serangan yang keterlaluan terhadap parti ini, saya rasa berkewajipan untuk membela 9 penyokong DAP negeri Pulau Pinang yang difahamkan berang dengan serangan yang ganas dan tidak jujur terhadap kesetiaan dan kredibiliti mereka.

Apabila menyedari bahawa laporan mereka tidak boleh disahkan fakta dan sememangnya tidak berasas, Malaysiakini segera menarik balik artikel itu dan memohon maaf. Bagi portal berita atas talian terkemuka seperti Malaysiakini untuk terlibat dalam laporan tidak bertanggungjawab sedemikian adalah peringatan yang baik tentang betapa luas dan menyeluruh lawan DAP dari dalam dan luar, berniat untuk mencetuskan perpecahan, mengganggu dan juga mensabotaj peluang kemenangan kita dalam pilihan raya negeri akan datang.

Kita hanya boleh membuat spekulasi mengenai motif politik dan identiti dalang konspirasi. Jelas sekali terdapat percubaan berulang dan bersepadu dari dalam dan luar untuk menggugat dan mensabotaj kepimpinan nasional DAP kerana enggan tunduk kepada pandangan mereka.

Ekoran laporan salah Malaysiakini ini, pemimpin dan ahli DAP, terutamanya wakil rakyat, harus mengelak daripada membuat sebarang ulasan awam berkaitan jawatan dan pencalonan pada pilihan raya negeri akan datang. Bagi mereka yang enggan mendengar, abaikan mereka dan parti akan bertindak sewajarnya pada masa yang sesuai.

Parti membuat keputusan muktamad mengenai jawatan dan calon pilihan raya. Oleh itu, serahkan semua kenyataan umum kepada pucuk pimpinan negara, khususnya kepada Setiausaha Agung DAP saudara Anthony Loke Siew Fook. Ini akan menyekat lawan politik kita daripada memanipulasi sebarang kenyataan menjelang pilihan raya negeri.