Enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos akan menentukan sama ada Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan mahu merosot menjadi seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah atau sama ada Kelantan, Terengganu, dan Kedah yang mahu menjadi maju dan makmur seperti Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.
Timbalan Menteri Besar Kealntan, Mohd Amar Abdullah, telah mengatakan bahawa tidak adil untuk membandingkan pembangunan di Kelantan dengan Selangor dan Pulau Pinang kerana Kelantan sepatutnya dibandingkan dari segi pembangunan dengan Negeri Sembilan atau pun Pahang.
Tetapi, apabila dibandingkan dengan Negeri Sembilan dan Pahang sekali pun, jurang di antara KDNK per kapita di Kelantan berbanding dengan Negeri Sembilan dan Pahang kedua-duanya semakin meluas dan bukannya semakin merapat dalam enam dekad yang lepas sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Untuk Selangor, yang mencatatkan KDNK per kapita sebanyak RM59,908, ia adalah 3.6 kali ganda lebih tinggi berbanding Kelantan, yang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM16,567, kadar terendah dalam negeri, lebih rendah berbanding Perlis dengan RM23,126, Kedah dengan RM25,957, atau Terengganu dengan RM32,199.
KDNK per kapita Pulau Pinang berada pada paras RM69,886, 4.2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Kelantan. KDNK per kapita 2022 untuk Negeri Sembilan adalah RM49,804 dan Pahang pula RM47,177.
Kerana inilah saya katakan bahawa enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini akan menentukan sama ada kita akan dapat mulakan usaha untuk mengangkat Kelantan, Terengganu, dan Kedah dari kedudukan mereka di dalam kalangan negeri-negeri termiskin untuk menjadi di antara negeri-negeri maju dalam Malaysia supaya negara kita dapat bangkit semula dan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang mencapai lebih dari apa yang dijangkakan dunia darinya.