Saya ingin membincangkan kepentingan dakwaan yang dibuat awal hari ini oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, yang dia yakin bahawa gabungan PN boleh menang di “hampir 20 kerusi” untuk mengumpulkan majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi.
Dia mengatakan semasa di konvensyen PN di ibu pejabat Gerakan di Pulau Pinang:
“Kita hanya memerlukan 21 kerusi untuk melakukan perkara ini. Sekarang, kita hampir ada 20.
“Jadi, sekiranya kita ingin menang, kita hanya perlukan sedikit lagi usaha. Hanya satu lagi peratus usaha anda.”
Muhyiddin mengatakan kemenangan PN dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang akan memudahkan usaha gabungan tersebut untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.
Kenyataan Muhyiddin ini mempunyai implikasi berikut kepada enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos:
- Dewan tergantung di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, jika bukan Menteri Besar baharu dan Kerajaan Negeri PN di Pulau Pinang;
- PN merampas Kerajaan Negeri Selangor;
- PN Merampas Kerajaan Negeri Negeri Sembilan;
- PN sapu bersih dalam pilihan raya negeri di Kelantan dan Terengganu;
- Kemenangan besar untuk PN di Kedah di mana gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional hanya mampu menang tidak lebih dari tiga kerusi DUN; dan
- Ketumbangan Kerajaan Perpaduan Anwar selepas sembilan bulan dan datangnya semula ketidakstabilan politik dan perpecahan dalam negara, yang akan menghalau para pelabur asing.
Dalam beberapa dekad yang lepas, Malaysia berada dalam hala tuju kemerosotan, ditinggalkan di belakang satu demi satu negara.
Baru-baru ini, seorang pelawak dari Singapura telah menggunakan bahasa yang amat kasar dan biadab di New York untuk membandingkan kemajuan di antara Malaysia dan Singapura dalam lima dekad yang lepas, di mana Singapura telah berubah dari sebuah negara membangun kepada negara dunia pertama, manakala Malaysia kekal berada dalam kalangan negara sedang membangun.
Apa yang tidak disedari oleh pelawak biadab ini adalah kemajuan yang dinikmati Singapura – dari sebuah negara membangun kepada sebuah negara dunia pertama – ini dalam lima dekad yang lepas adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia, yang telah ke negara-negara lain di dunia dalam Diaspora Malaysia untuk menjadikan negara-negara lain ini yang hebat.
Kumpulan satu ke dua juta dalam Diaspora Malaysia ini sepatutnya berada di Malaysia untuk menjadikan Malaysia hebat dan bukannya negara lain yang hebat.
Presiden PAS, Hadi Awang, mengatakan yang orang Islam di Malaysia patut memilih sama ada ingin menjadi penternak lembu atau penternak khinzir.
Konsep di mana orang Islam di Malaysia perlu memilih di antara ingin menjadi penternak lembu atau penternak khinzir adalah satu konsep yang telah lapuk dan ketinggalan zaman.
Rakyat Malaysia, sama ada orang Islam atau bukan, tidak mahu menjadi penternak lembu atau penternak khinzir, sebaliknya kita mahu menjadi juara dunia sekali lagi, dan mahu menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
Atau, seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.
Kemenangan untuk PN di enam negeri pada bulan Ogos yang akan datang ini hanya akan mengesahkan lagi yang Malaysia akan kekal dalam hala tuju kemerosotan ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang mendatang.
Apa yang Malaysia perlukan adalah perkara yang sebaliknya.
Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, patut bersatu padu dengan satu cita-cita bersama – untuk menjadikan Malaysia juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
Para pengundi di enam negeri, pada bulan Ogos yang akan datang ini, baik orang Melayu, Cina, India, atau Islam, Buddha, Kristian, atau Hindu, tidak patut termakan dengan hasutan PN yang membawa kepada sebuah Malaysia yang berpecah belah, gagal, dan teruk, sebaliknya perlu bersatu padu untuk membolehkan Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
Ahli-ahli politik PN hanya memikirkan masa hadapan mereka sahaja, tetapi rakyat Malaysia, baik yang Islam atau bukan Islam, perlu memikirkan mengenai masa hadapan negeri dan negara, dan juga masa hadapan untuk anak-anak dan cucu-cucu mereka.
Untuk menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia, semua kaum, agama, dan kawasan perlu bersatu padu dengan satu matlamat nasional yang dikongsi bersama.
Kita perlu pastikan gabungan yang dibentuk oleh Kerajaan Perpaduan Anwar mengekalkan tiga kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga, dan pada masa yang sama, mencatatkan kemajuan di Kedah, Kelantan, dan Terengganu dengan memenangi lebih dari tiga kerusi di Kedah dan beberapa kerusi di Kelantan dan Terengganu.
Kerana inilah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong menitahkan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengekalkan kestabilan politik dan mengembalikan perpaduan negara yang merupakan dua syarat untuk Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
Kerajaan Perpaduan Anwar telah memberikan peluang unik untuk kita tetapkan semula dan kembalikan negara kepada prinsip-prinsip pembinaan negara Malaysian yang majmuk – prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, tidak boleh membazirkan peluang untuk negara kita kembali semula kepada prinsip asal pembinaan sebuah negara Malaysia yang majmuk – kerana peluang sebegini tidak mungkin akan datang buat kali kedua.