Mengapa tiba-tiba mahu mendiamkan Anwar Ibrahim?[1] Kenapa ancam mereka yang menyampaikan mesej Anwar kepada rakyat Malaysia? Mengapakan sikap menggelabah dan rasa tak selamat ini secara tidak semena-mena – tambah pula datang dari dari Menteri, Nur Jazlan yang suka main selamat – pemain politik yang lazimnya defensif dalam UMNO?
Barisan Nasional semakin menggelabah. Perdamaian antara Anwar dan Mahathir, muafakat pihak Pembangkang, tahap penyelarasan Pakatan Harapan yang luar biasa, kerjasama dan kesediaan untuk membentuk kerajaan; semua ini mengejutkan UMNO, Najib dan geng perompaknya terjaga dari lena mereka.
Adakah semua ini tanda yang UMNO semakin tertekan dengan pendamaian Anwar dan Mahathir.? Apakah petanda tekanan dalaman UMNO kian terdedah setelah mimpi ngeri mereka menjadi kenyataan?
Helah basi UMNO untuk menggoda PAS, walaupun secara taktiknya berjaya, namun secara strateginya ia adalah kegagalan.
Mereka tidak boleh menendang keluar PAS dari kamar, kerana mereka memerlukan setiap undi yang masih mereka boleh selamatkan lantaran PPBM telah membelasah mereka sehingga koma.
Inilah perang Najib dan UMNO sehingga darah terakhir – dalam kes Najib, kekalahan adalah lebih parah daripada mati.
Tokoh terbesar dalam sejarah moden UMNO, bersatu tenaga bukan untuk merampas kembali UMNO daripada Najib dalam keadaannya yang paling lemah; tetapi untuk memusnahkannya selama-lamanya.
Mungkin itulah sebab Nur Jazlan dan orang sepertinya menggelabah.
Dengan gandingan Anwar-Ibrahim, rakyat Malaysia terutamanya Melayu kini bersedia untuk perubahan.