Skip to content

Felda mesti menjustifikasi harga terinflasi bagi hotel Londonnya yang berharga RM500 juta sehingga membayar lebih sebanyak RM100 juta

Felda mesti menjustifikasi harga terinflasi bagi hotel Londonnya yang berharga RM500 juta sehingga membayar lebih sebanyak RM100 juta dan mengingkari salah satu dorongan utama Pelan Transformasi Ekonomi Kerajaan Persekutuan supaya menjual aset-aset bukan teras. Sebuah portal internet hari ini melaporkan bahawa jualbeli Felda bernilai £97.9 juta (RM495 juta) bagi Grand Plaza service apartment 198 unit di Bayswater, London adalah terlalu mahal sedangkan agen hartanah mewah Savills and Knight Frank menilai hartanah tersebut sekitar £80 (RM408 juta) sahaja beberapa tahun lalu. Dengan kata lain, Felda terlebih bayar hampir RM100 juta!

Ini menimbulkan kerunsingan jika terdapat sebarang keadaan ekonomi merudum akan menyebabkan firma Malaysia terkait kerajaan yang membeli hartanah di London pada harga terinflasi akan kerugian puluhan ribu pound dana awam. Felda tiada kepakaran mahupun pengetahuan mendalam tentang bidang perhotelan. Sehingga kini, kedua-dua Felda dan kerajaan persekutuan enggan menjelaskan bagaimana Felda ingin memperoleh keuntungan melampaui kos pelaburan RM500 juta hotel Londonnya.

Apa saya bangkitkan perkara ini di Parlimen Isnin lalu, kerajaan enggan menjawab bagaimana Felda akan dapat memperoleh kadar pulangan tinggi untuk menampung kos pelaburan selain mengatakan bahawa nilai pasaran hotel London tersebut telah meningkat sehingga 115 juta pound berbanding pelaburan awal bernilai 98 juta pound. Sekali lagi tidak dikemukan bukti bahawa nilai pasaran hotel London tersebut telah meningkat ke 115 juta pound.

Kekurangan pengetahuan mendalam dan kepakaran mengurus untuk menjalankan perniagaan adalah asas kepada polisi penjualan ETP. Selepas mengambil alih Pulau Pinang pada tahun 2008, kami amat terkejut melihat kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya begitu terlibat dengan aktiviti bukan teras di mana ia langsung tidak ada kepakaran seperti menguruskan ladang kelapa sawit, ladang getah, menternak ikan, perhotelan, institusi pengajian malah kelab golf. Kesemua perusahaan yang tidak difikirkan dengan baik ini menjana kerugian belaka.

Melalui sebuah polisi penjualan dan penyumberluaran menggunakan tender terbuka, kerugian operasi tahunan yang begitu hebat ini akhirnya berubah menjadi keuntungan setiap tahun. Begitu pun kerugian operasi ini dapat ditukar menjadi keuntungan kerana hartanah terbabit sudah pun dimiliki oleh kerajaan negeri. Dengan kata lain, tiada perbelanjaan modal (capital expenditure) terlibat.

Dengan perbelanjaan modal sebanyak RM500 juta oleh Felda, adalah tidak mungkin kalau pun Felda dapat menjana keuntungan, keuntungan tersebut akan menjustifikasi kos pelaburan. Untuk sebab ini, pemimpin BN tidak sepatutnya menggunakan wang rakyat seperti milik persendirian tetapi mesti memberi justifikasi tentang faedah kewangan pelaburan bisnes bukan teras kepada rakyat, demi prinsip akauntabiliti dan ketelusan.