Skip to content

FINAS tidak perlu menyibuk akan penapisan kandungan penstriman

Kebanyakan pelanggan perkhidmatan penstriman ‘Netflix’ tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) Ahmad Idham agar Netflix ditapis.

Cadangan ini tidak selari dengan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk tidak menapis kandungan Internet dan media.

Perkhidmatan sebegini mempunyai penarafan atau ‘rating’ tersendiri untuk menasihati penonton akan kandungan dalam perkhidmatan tersebut. Biar penonton dan pelanggan menggunakan akal sendiri untuk menilai kandungan.

FINAS patut mainkan peranan utama iaitu memastikan industri perfileman negara di kembangkan dan dimajukan dengan kandungan yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.

FINAS tidak patut campurtangan dengan perkhidmatan penstriman BERBAYAR seperti Netflix dan lain-lain lagi.

Adalah penting bahawa pihak FINAS faham akan kehendak pelanggan dan sebab pelanggan MEMBAYAR untuk perkhidmatan penstriman iaitu KUALITI kandungan.

Mungkin FINAS boleh belajar daripada kandungan Netflix untuk memastikan peranan mereka dilaksanakan dengan baik.