Skip to content

Forum memperingati Tun Razak

Suatu ketika dahulu, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan dengan masyarakat berbilang kaum saling toleransi dan menolak sikap ekstrem.

Berbeza dengan pentadbiran arwah ayahnya Tun Razak, pentadbiran Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjanjikan harapan ke arah negara yang harmoni dan saling toleran, malah sikap ekstremisme semakin rancak dan meliar.

Walaupun pentadbiran Tun Razak tidak sempurna dan kurang demokratik, amalan hidup rakyat Malaysia sepanjang 1970-an jauh lebih toleran dan harmoni berbanding hari ini. Pada masa itu tidak terdapat kumpulan-kumpulan ultra kaum atau pelampau agama yang secara terbuka memaksa amalan mereka ke atas kumpulan yang lain.

Roketkini akan menghadirkan tokoh UMNO yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad untuk berkongsi pandangannya mengenai legasi yang telah ditinggalkan Tun Razak. Dengan diikuti ulasan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Editor portal berita The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq, dan juga Ketua Parlimen DAP, Saudara Lim Kit Siang. Forum akan diselenggara oleh Ahli Parlimen Seputeh, Saudari Teresa Kok.

Forum ‘Memperingati Tun Razak’ akan berlangsung hari ini, 14 Januari 2015, bertempat di Hotel Mandarin Court, Jalan Maharajalela Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam.

Media dan orang ramai dijemput hadir.