Pihak DAP Perak mengalu-alukan kenyataan Tun Dr Mahathir yang bersedia untuk menyokong DS Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan baru menjelang PRU-14.
Gandingan dan gabungan Tun Dr M dan DS Anwar bakal memberi impak yang amat besar kerana kedua-dua pemimpin ini mempunyai mutu negarawan, berpengaruh besar & mendapat sokongan padu dari masyarakat umum & khasnya masyarakat Melayu.
Ini adalah berita yang baik, ia menunjukkan kematangan berpolitik antara pemimpin Pakatan yang sanggup mengutamakan agenda reformasi demi rakyat dan negara dari mana-mana kepentingan peribadi. Semua anggota Pakatan Harapan wajib mencontohi teladan baik ini dan memberi fokus untuk membantu rakan-rakan Pakatan Harapan utk memenangi PRU-14.
Dengan pengumuman ini, DAP Perak percaya semangat Pakatan akan dipertingkatkan dan rakyat akan mempunyai lebih keyakinan dalam misi kita menyelamatkan negara dari rejim Kleptocrat yang mencuri harta benda negara.