Skip to content

Gesaan Bawa Pulang Jho Low: Sudah Tiba Masanya Semua Pihak Bersuara

Saya menyambut baik kenyataan Datuk Puad Zarkashi yang secara terbuka menggesa kerajaan menggunakan segala usaha untuk membawa pulang Jho Low ke Malaysia. Namun begitu, saya perlu bertanya: mengapa suara seperti ini baru kedengaran sekarang, selepas hampir sedekad Jho Low melarikan diri?

Sejak tahun 2018, hanya segelintir bekas pemimpin UMNO seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang pernah menyuarakan isu ini.

Jho Low ialah watak utama dalam skandal 1MDB, iaitu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara. Saya menyeru semua parti politik, sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang, agar secara kolektif mendesak kerajaan untuk membawa pulang Jho Low secepat mungkin. Tiada alasan. Tiada penangguhan.

Selagi Jho Low masih bebas, selagi itulah keadilan belum ditegakkan. Rakyat sedang memerhati.