Skip to content

Habisnya Fasa 3 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang sebanyak RM350 juta, yang kini terhenti oleh Kerajaan Persekutuan boleh mengatasi masalah banjir kilat

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan media massa BN dan NGO-NGO pro-BN yang cuba mencari gaduh dan membuat fitnah tentang banjir kilat yang berlaku pada 29 Oktober 2016. Mereka, khususnya Utusan Malaysia, cuba menyatakan bahawa banjir ini adalah banjir yang paling buruk dalam sejarah, sungguhpun air banjir surut dalam masa kurang dari sejam selepas hujan lebat berhenti. Ini jelas menunjukkan bahawa sistem perparitan di Pulau Pinang berfungsi bukannya seperti di Kelantan, di mana air bertakung berhari-hari.

Pada 29 Oktober 2016, takat kelebatan hujan di Air Itam direkodkan sebanyak 135mm, berbanding dengan ukuran lebih 60mm yang dianggap hujan lebat yang intensif. Sememangnya, sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung “volume” air yang begitu besar ini. Itulah sebabnya banjir kilat berlaku begitu meluas sekali. Sebenarnya, habisnya Fasa 3 RTB Sungai Pinang sebanyak RM350 juta, yang kini terhenti oleh Kerajaan Persekutuan boleh mengatasi masalah banjir kilat. Walau bagaimanapun, sehingga RTB Sungai Pinang berjalan, Kerajaan Negeri akan mengkaji dan menjalankan projek-projek mitigasi banjir untuk mengurangkan kesan banjir kilat ini, sekiranya hujan luar biasa seperti ini berulang lagi.

Dakwaan bahawa pembangunan dan hutan ditarah merupakan punca banjir kilat ini adalah tidak benar sama sekali. Pada hari tersebut, ada beberapa kejadian tanah runtuh dan ianya berlaku dalam kawasan yang tidak ada sebarang projek pembangunan. Jelas sekali tanah runtuh berlaku secara semulajadi kerana tidak ada sebarang kerja-kerja pembangunan tanah dijalankan. Sebaliknya, dalam kawasan di mana projek pembangunan diluluskan, tidak berlaku kejadian tanah runtuh kerana kerja-kerja pencegahan telah dijalankan oleh pemaju untuk melindungi cerun bukit. Maka, di sini jelas menunjukkan bahawa hujan yang terlalu lebat dan luar biasa merupakan punca banjir kilat. Lagipun, Pulau Pinang mempunyai rekod yang paling cemerlang dalam melindungi kawasan hutan simpan kekal kerana sejak 2008, tidak ada seinci hutan simpan kekal pun diusik ataupun dikurangkan.

Tidak boleh dinafikan bahawa ada pembangunan jalan yang menjadikan keadaan banjir kilat lebih teruk seperti di Batu Maung semalam. Projek pembangunan jalan ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dijangka siap akhir tahun 2017. Akan tetapi, Kerajaan Negeri tidak mahu mencari gaduh untuk meletakkan semua kesalahan di atas bahu Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencari jalan penyelesaian seperti mendalamkan perparitan yang sedia ada.

Akhirnya, kami ingin menolak fitnah jahat bahawa Kerajaan Negeri bersedia membelanjakan RM305 juta untuk kos kajian lebuhraya dan terowong bawah dasar laut, tetapi enggan membelanjakan RM350 juta untuk RTB Sungai Pinang. Memang diakui bahawa sekiranya RTB Sungai Pinang disempurnakan dengan Fasa 3 bernilai RM350 juta, maka kejadian banjir kilat tidak akan berlaku kerana air boleh mengalir dengan lebih laju dan deras. Kerajaan Negeri tidak faham mengapa Kerajaan Persekutuan tidak mahu meluluskan Fasa 3 ini apabila ianya merupakan projek sambungan selepas Fasa 1 & 2 telahpun habis.

RTB Sungai Pinang adalah projek Kerajaan Persekutuan dan tidak kena dengan tempatnya untuk Kerajaan Negeri campur tangan dalam projek sambungan ini. Serangan agar Kerajaan Negeri melaksanakan projek RTB Sungai Pinang dilihat seperti cuba untuk melepaskan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan projek tersebut. Keadaan ini dilihat berat sebelah dan tidak adil kepada Kerajaan Negeri.

Perbelanjaan RM305 juta untuk membuat kajian adalah untuk projek jalan dan terowong bawah dasar laut untuk projek Bandar Sri Tanjung dan tidak ada kaitan dengan RTB. Projek Bandar Sri Tanjung adalah projek tambakan laut sebuah pulau buatan manusia yang diluluskan oleh zaman Kerajaan BN dengan bayaran RM1 sekaki persegi dan pemberian tanah sebanyak 50 ekar net saleable area kepada Kerajaan Negeri. Tawaran oleh Kerajaan BN amat murah dan tidak berkepentingan awam. Itulah sebabnya Kerajaan Negeri menggunakan alasan penyuraian trafik, termasuk terowong bawah dasar laut dan lebuhraya yang bernilai RM6.3 bilion untuk menuntut pemberian tanah yang lebih daripada E&O Berhad. Oleh kerana trafik merupakan asas untuk projek Bandar Sri Tanjung dapat diteruskan dengan lancar, maka E&O Berhad telah bersetuju untuk menambah pemberian tanah kepada Kerajaan Negeri dariapada 50 ekar kepada 190 ekar untuk membiayai kos dan projek penyuraian trafik. Sistem perparitan bukanlah isu kerana projek tambakan laut ini tidak memberikan impak kepada banjir dalam kawasan yang berhampiran, hanya di atas kawasan tambakan pulau mereka sendiri sahaja.

Untuk samakan projek penyuraian aliran trafik dengan banjir/ RTB adalah tidak betul, sama seperti cuba samakan projek pelabuhan dengan projek Lapangan Antarabangsa Terbang. Jangan samakan atau bandingkan oren dengan epal. Adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan tidak melepaskan tanggungjawab untuk RTB Sungai Pinang seperti pembatalan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Projek Penang Outer Ring Road (PORR) dan projek LRT.