Skip to content

Hadi didesak sokong Kak Wan, hormati keputusan Pakatan Rakyat

Wanita DAP kecewa dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang keenggangan menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

PAS dibawah pimpinan Hadi kerap tukar pendirian tentang isu MB Selangor. Daripada keputusan menyokong Tan Sri Khalid kepada keputusan menyokong penukaran MB dalam mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat untuk mencalonkan Dr Wan Azizah kepada keputusan mencalonkan Timbalan Presiden Azmin Ali dan menolak pencalonan Dr Wan Azizah atas alasan beliau kurang keupayaan sebagai MB.

Kami berpendapat alasan tersebut tidak munasabah. Hadi harus membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain dimana PKR berpeluang untuk penjelasan atas keputusan pencalonan Wan Azizah.

Dr Wan Azizah merupakan seorang pakar mata. Beliau seorang pakar dari pusat penggajian perubatan yang unggul. Wan Azizah telah memimpin kempen Reformasi lebih daripada 10 tahun. Mungkin beliau tidak fasih dari segi strategi dan arena kuasa. Tetapi beliau mempunyai komitmen. Beliau berani menentang apabila mengalami kesukaran. Beliau juga mempunyai integriti dan tanpa rekod rasuah. Beliau mempunyai kualiti ketabahan dan kesabaran. Kualiti tersebut merupakan suatu pilihan alternatif buat masa sekarang.

Kualiti dan gaya kepimpinan wanita sedemikian belum dapat sebarang pengiktirafan dalam arena politik. Ini juga merupakan salah satu sebab pemimpinan wanita telah diabaikan.

Dalam proses mendidik anak-anak, kita sering memupuk budak lelaki supaya gagah dan budak perempuan lemah-lembut. Sikap lemah-lembut tidak semestinya tanpa sebarang kekuatan minda. Ia tidak mencerminkan kelemahan dan ketidakupayaan untuk memimpin.

Hadi harus mengingati bahawa Wan Azizah merupakan calon saranan Pakatan Rakyat. Beliau juga dapat sokongan daripada 30 ahli dewan undangan negeri.

Hadi yang meragui keupayaan Wan Azizah boleh dikaitkan dengan keraguan terhadap keputusan pemimpin Pakatan Rakyat dan 30 orang ahli dewan undangan negeri.

Perangai Hadi yang meragui kebolehan rakannya dalam keadaan terbuka mencerminkan beliau tidak menghormati rakan-rakannya. Perangai beliau memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Di sini kami ingin menyeru Hadi menitikberatkan agenda Pakatan Rakyat dan menyokong Wan Azizah sebagai calon sebagai MB Selangor.