Skip to content

Hamzah Zainuddin mungkin telah melakukan kesalahan berat apabila dia mengatakan yang dia ada fail mengenai pemimpin parti-parti kerajaan dari masanya menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini

Ketua Pembangkang Parlimen, Hamzah Zainuddin, mungkin telah melakukan kesalahan berat apabila dia mengatakan yang dia ada fail mengenai pemimpin parti-parti kerajaan dari masanya menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Memandangkan dia bukan lagi Menteri Dalam Negeri, dia tidak sepatutnya memiliki apa-apa fail kerajaan.

Dalam wawancaranya dengan akhbar The Star, Hamzah mengatakan: Saya pernah menjadi menteri dalam negeri, saya rasa saya juga ada banyak fail terhadap mereka, sama ada saya mahu guna atau tidak.”

Adakah Hamzah akan menyerahkan dirinya sendiri kepada pihak polis, memandangkan dia telah dengan sengaja memegang fail kerajaan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Dalam Negeri?

Berapa banyakkah fail-fail kerajaan yang masih dipegang oleh Hamzah walaupun selepas tidak lagi menjadi Menteri Dalam Negeri?

Sekiranya fail-fail yang dipegang Hamzah ini menunjukkan para pemimpin kerajaan Pakatan Harapan-UMNO bersalah rasuah dan pengubahan wang haram, mengapakah tiada tindakan diambil semasa zaman kerajaan Perikatan Nasional?

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, telah menjangkakan kemusnahan UMNO di bawah pimpinan Zahid Hamidi, di mana dia berbangga dengan 31 kerusi Parlimen Bersatu yang melebihi 26 kerusi kerusi Parlimen UMNO.

Namun, apa yang jelas adalah cubaan Muhyiddin untuk mengelak dari menyebut yang PAS mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen berbanding dengan Bersatu – dengan 43 kerusi – dan sepatutnya Presiden PAS, Hadi Awang, yang menjadi pemimpin gabungan Perikatan Nasional, bukannya Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Kerana inilah cubaan Muhyiddin untuk menunjukkan Hadi sebagai seorang yang moderat dan demokratik kelihatan tidak masuk akal, kerana Muhyiddin sendiri tidak berjaya untuk membuat Hadi menjelaskan bagaimana apabila menjangkakan kejatuhan kerajaan perpaduan Anwar, dia tidak berlawanan dengan nasihat Yang di Pertuan Agong dan dia bukan sedang merancang suatu lagi konspirasi politik seperti Langkah Sheraton.

Muhyiddin juga gagal untuk membuatkan Hadi menarik semula tuduhan tidak masuk akalnya yang mengatakan kononnya DAP mempromosikan Islamofobia, terutamanya apabila Hadi gagal untuk memberikan bukti untuk tuduhan ini, sama ada dari 57 tahun sejarah DAP atau 15 tahun kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Abang Besar dalam Perikatan Nasional bukanlah Muhyiddin Yassin, sebaliknya Hadi Awang, dan tidak mungkin Muhyiddin boleh mengawal atau mengurus Hadi.

Perikatan Nasional kini menumpukan usaha mereka terhadap enam pilihan raya negeri di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang bakal diadakan sama ada pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.

Hadi mahu menggunakan pilihan raya negeri ini untuk menggugat kestabilan dan jangka hayat kerajaan perpaduan Anwar di peringkat persekutuan.

Bolehkah Muhyiddin memberikan jaminan, yang tanpa mengira keputusan pilihan raya di enam negeri ini, kestabilan politik kerajaan perpaduan Anwar tidak akan digugat?

Saya tidak rasa begitu, memandangkan Muhyiddin tidak memegang kuasa sebenar dalam Perikatan Nasional.