Pada 10 November 2024, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Segambut telah menghadiri Program Penyerahan Tong Sampah Baharu anjuran SW Corp dan Alam Flora di Kawasan Perumahan Bandar Menjalara 62B. Sebanyak 1,050 tong baharu (MGB 120L) akan diserahkan secara berfasa kepada semua rumah di kawasan tersebut mulai hari ini. Program ini amat tepat pada masanya, memandangkan banyak tong sampah sedia ada berada dalam keadaan rosak. Terima kasih SW Corp dan Alam Flora atas inisiatif ini di Segambut.
Turut hadir bersama pagi ini ialah Encik Abd Karim bin Salim, Pengarah SW Corp Wilayah, Encik Kuit Kheng Keong, Pengerusi Negeri Alam Flora, Dato Sri Yap Keow Keong, Pengerusi Sub Zon 1 MPP Segambut dan En Alex Low, Pengerusi Persatuan Penduduk Menjalara 62B. Inisiatif ini akan diteruskan di dua lagi kawasan perumahan di Segambut.