Skip to content

Hanya 9 unit rumah PPR di Parlimen Batu Gajah

Kerajaan Perak menjanjikan setinggan sifar sejak sebelum PRU13 lagi. Tetapi, sehingga ke hari ini matlamat itu masih tidak tercapai. Janji kepada rakyat Perak tidak ditunaikan. Masing-masing sibuk dengan agenda mencari harta kekayaan untuk diri sendiri.

Setinggan tetap tinggal setinggan. Sebelum PRU14 sudah pasti sekumpulan budak-budak suruhan Barisan Nasional akan melawat kawasan-kawasan setinggan untuk menberi dokumen-dokumen tanah diisi oleh penduduk-penduduk yang terlibat.

Kemudian, pelbagai janji akan ditaburkan untuk meraih undi penduduk-penduduk miskin itu. Perkara sepertii ini dilakukan sebagai amalan biasa tanpa sebarang segan silu oleh pihak kerajaan. Budaya menipu orang miskin sudah menjadi perkara biasa sewaktu pilihanraya.

Di kawasan Parlimen Batu Gajah juga terdapat beberapa kawasan setinggan. Pelbagai janji ditaburkan sebelum PRU13. Selepas pilihanraya, semuanya dibiarkan begitu sahaja. Kesian sungguh penduduk-penduduk setinggan ini yang sentiasa menjadi mangsa janji kosong. Kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah golongan miskin ini.

Memandangkan Kerajaan Negeri Perak tidak mengambil berst dalam membantu golongan setinggan ini, saya telah menanyakan satu soalan penting di Dewan Rakyat berhubung dengan perkara ini.

Saya telah meminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan projek-projek perumahan mampu milik yang telah dan sedang dilaksanakan di Parlimen Batu Gajah. Nyatakan projek-projek perumahan yang masih dalam cadangan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Parlimen Batu Gajah.

Menurut Menteri, sehingga 20 Februari 2017 bagi Projek Perumahan Rakyat, kerajaan telah menyiapkan 1 projek di kawasan Parlimen Batu Gajah iaitu Projek Perumahan Rakyat KTM Batu Gajah sebanyak 9 unit.

Saya rasa amat kecewa kerana di kawasan Parlimen Batu Gajah hanya 9 buah rumah mampu milik telah dibina oleh kerajaan sehingga hari ini. Tidak ada apa-apa projek sedemikian dibina di DUN Jelapang dan DUN Menglembu.

Bagi tahun 2017, kerajaan masih belum mempunyai apa-apa perancangan Projek Perumahan Rakyat baharu di Batu Gajah.

Walau bagaimanapun, Menteri berkata kementerianya tiada halangan jika terdapat cadangan pembangunan projek baharu daripada pihak Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan.

Masalahnya, adakah Kerajaan Negeri Perak mempunyai apa-apa cadangan seperti ini di kawasan Parlimen Batu Gajah? Jika ya, saya mohon supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Zambry Abdul Kadeer mennyataken cadangan-cadangan beliau kepada Kerajaan Pusat berhubung dengan hal ini.