Skip to content

Hanya sebuah Malaysia moderat yang menghormati hak semua bangsa, agama, dan latar belakang dalam sebuah masyarakat yang pelbagai, mampu laksanakan konsep kemakmuran bersama

Hanya sebuah Malaysia Moderat yang menghormati hak semua bangsa, agama, dan latar belakan dalam sebuah masyarakat yang pelbagai, mampu laksanakan konsep Kemakmuran Bersama. Kebelakangan ini, beberapa pihak telah menolak pendekatan Malaysia Moderat dengan memainkan sentimen kaum dan agama, dan menyemai kebencian dengan pembohongan untuk memburukkan Kerajaan Persekutuan hari ini.

Sabah dan Sarawak seharusnya memainkan peranan untuk menjadi suara penentu untuk menolak politik fasis dan rasis yang tidak bertanggungjawab ini. Dengan menuruti prinsip asas Malaysia Moderat seperti digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat Malaysia merupakan sebahagian daripada fabrik perpaduan kebangsaan, yang bersifat merangkum, bukan meminggir, dan mengenali perbezaan tanpa ada diskriminasi, dan sama berkongsi tanggungjawab terhadap masalah dan cabaran bersama (terutamanya dalam mencapai Kemakmuran Bersama).

Hanya sokongan penuh dan tidak berbelah bagi untuk sebuah Malaysia Moderat yang tidak mencuba memomokkan kaum minoriti, tetapi fokus terhadap penjanaan kekayaan, dan pengagihan kekayaan secara saksama dari Sabah dan Sarawak, dapat memastikan kelompok rasis dan ekstremis agama tidak akan berjaya mengambil kuasa. Sokongan padu untuk Malaysia Moderat dengan Kemakmuran Bersama juga akan memanfaatkan Sabah dan Sarawak disebabkan komitmen Kerajaan Persekutuan hari ini untuk memenuhi Manifesto Pilihanraya Umum Pakatan Harapan. Walaupun sebahagian daripada janji-janji ini memerlukan masa agar kedudukan kewangan kita kembali pulih akibat skandal kewangan dan rasuah membabitkan RM150 bilion, Kerajaan Persekutuan semasa merupakan satu-satunya Kerajaan Persekutuan yang telah menyatakan dengan jelas perancangannya untuk kedua-dua Sabah dan Sarawak.

Marilah kita raikan Malaysia dengan memperbaharui komitmen kita bukan sahaja kepada perpaduan dan integrasi kebangsaan, tetapi turut berikrar bahawa masa depan yang kita kongsi bersama sebagai sebuah negara haruslah memastikan Kemakmuran Bersama untuk kedua-dua negeri tersebut dalam masa hadapan yang tertentu.