Sejak “Zero Reject Policy”/Polisi Penolakan Sifar dilancarkan oleh PH pada 2019, bilangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang belajar di sekolah kerajaan meningkat secara mendadak.
Jumlah MBK setakat 30hb Jun 2020 telah mencapai 92,755 orang, berbanding dengan 83,039 orang pada Jan 2019.
Pada masa yang sama, kelas pendidikan khas juga bertambah 513 kelas berbanding tahun 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi juga dibuka di 75 buah sekolah di bawah Pakatan Harapan.
Untuk memastikan bahawa golongan MBK terus menerima pendidikan yang berqualiti tinggi, KPM perlu menyediakan guru pendidikan khas yang mencukupi susulan Polisi Penolakan Sifar.
Jawapan Timbalan Menteri Pendidikan II Dato Mah Hang Soon pada pagi ini di Dewan Rakyat, adalah amat mengecewakan.
- Beliau gagal menjawab satu soalan yang sangat straightforward, ialah kekurangan guru pendidikan khas sekarang. Bagaimana kita nak tahu samada bekalan 516 guru pendidikan khas baharu untuk 2020 hingga 2025 adalah mencukupi sekiranya kita tidak tahu keadaan kekurangan sekarang.
- pengambilan guru pendidikan khas secara kontrak pada tahun 2021 – Sepatutnya pengambilan guru secara kontrak akan bermula pada bulan April tahun ini, amat menyedihkan kerana perkara yang penting ini telah ditunda ke tahun depan.
Pendidikan khas sangat penting bagi golongan MBK, saya harap KPM di bawah PN akan terus mengambil tindakan yang lebih agresif dan berkesan untuk memastikan kejayaan ZRP.
Sesi Soal Jawab:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3264380906938159&id=158435150866099