Kenyataan Ketua Polis Negara ( IGP ),Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyokong agar terus menggunakan Akta Keselamatan Negeri ( ISA ) untuk tangkapan, jelas menunjukkan minda pengurusan beliau ketinggalan zaman dan bersifat autokratik.
Nama baik negara jelas terjejas dengan adanya akta zalim seperti ISA ,yang seringkali dihubungkaitkan dengan negara yang autokratik dan pelanggaran hak asasi manusia.
Dengan adanya akta seperti ISA, rejim UMNO Barisan seringkali memperalatkannya untuk menangkap pesaing politik mereka seperti apa yang berlaku dalam Operasi Lalang 1987.
Dalam Operasi Lalang 1987, ramai yang tidak berdosa turut menjadi mangsa ISA , antaranya termasuk Pemimpin Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang , Lim Guan Eng dan pemimpin DAP lain.
ISA yang menbenarkan tahanan tanpa bicara itu jelas bercanggaran dengan semangat undang-undang iaitu, seorang itu hanya didapati bersalah selepas dihadapkan ke muka pengadilan, bukan sebelumnya.
IGP yang mengatakan ingin kembalikan penggunaan ISA semata-mata untuk meningkatakan kecekapan penangkapan memang berpandangan pendek tanpa mengambil kira harga yang bakal ditanggung oleh rakyat kita.
Akhir sekali, ISA harus menjadi sejarah negara kita buat selama-lamanya agar hak rakyat tidak akan dihakis oleh mana-mana pihak.