Skip to content

Hujah tak masuk akal, Ku Nan dinasihatkan letak jawatan

Bercakap menggunakan hujah yang tak masuk akal, saya nasihatkan lebih baik Datuk Seri Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan letak jawatan sebagai Menteri.

Saya merujuk kenyataan beliau yang mendakwa pembangkang sebagai dalang kenaikan harga makanan. Rujuk http://m.malaysiakini.com/news/380076

Umum mengetahui bahawa kenaikan harga barang dan makanan adalah didorong oleh faktor-faktor luar seperti kenaikan harga bahan api dan cukai-cukai yang membebankan.

Hujah tak masuk akal dan simplistik tidak wajar sama sekali keluar dari mulut seorang bergelar ‘menteri’. Ini cukup memalukan keseluruhan imej eksekutif negara kita dan memperkecilkan kebijaksanaan rakyat yang sentiasa menilai prestasi kerajaan hari ini.

Setelah pelbagai skandal terpalit keatas Kerajaan, menteri pula membawa hujah-hujah yang dangkal. Jangan pelik jika rakyat anggap menteri kita bertaraf ‘badut’!

Ku Nan turut menyebut berhubung penglibatan DAP dan PKR dalam pertubuhan melibatkan restoran.

Jika beginilah hujah Ku Nan, lebih baik beliau letak sahaja jawatan sebagai menteri dan berperanan sepenuh masa sebagai Setiausaha Agung UMNO untuk menyerang parti-parti pembangkang.

Hakikatnya, Kerajaan telah gagal dalam mengurus tadbir ekonomi Malaysia dengan baik sehingga rakyat dibawah terus terbeban.