Saya terkejut melihat kes hukuman sebat secara umum oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kelmarin terhadap dua wanita kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis. Saya menggesa kerajaan untuk mempertahankan hak asasi setiap warganegara Malaysia secara adil dan tegas, serta menghentikan ugutan sesiapa sahaja terhadap mana-mana kumpulan minoriti.
Berikutan hukuman sebat secara umum oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membayangkan akan mengikuti jejak langkah Terengganu dalam melaksanakan hukuman sebat di khalayak ke atas kumpulan minoriti seksual LGBT. JAIP turut bercadang untuk mewujudkan papan tanda di seluruh negeri supaya awam menghindari LGBT.
Negeri Pahang mempunyai budaya agama mirip dan berlokasi di pantai timur berdekatan negeri Terengganu, kami sebagai warga Pahang sedar bahawa hukuman sebat ini di Terengganu akan membawa pengaruh buruk. Golongan konservtif agama dalam negeri ini mengambil kesempatan untuk mendesak kerajaan negeri supaya mencontohi Terengganu. Sekiranya prinsip kita tidak terus dipertahankan, Pahang akan menjadi negeri yang menggabungkan agama dan politik pada bila-bila masa.
Kes hukuman sebat secara umum ini telah menjadi tumpuan antarabangsa, Amnesty International juga telah menyuarakan bahawa perbuatan tersebut melambangkan hari gelap bagi hak asasi manusia di Malaysia. Demi menjaga imej Malaysia di medan antarabangsa, kerajaan Pakatan Harapan mesti memperbetulkan keadaan ini dan menyelesaikan kes ini dengan penuh proaktif.
DAP sebagai salah satu gabungan parti kerajaan selalu menjadikan unsur kepelbagaian dan sistem sekular sebagai ideologi parti. Kami berpendirian teguh tentang pemisahan hubungan agama-negara. Kami membantah mana-mana badan atau individu yang menindas mana-mana kumpulan termasuk LGBT atas nama kepercayaan dan nilai agama.
Negara kita harus mengikuti jejak langkah negara-negara moden untuk memansuhkan undang-undang yang menuduhi LGBT. Atas penemuan baharu dalam kerumitan dan mobiliti tentang jantina dan orientasi seksual manusia, pakar-pakar moden sering memperbetulkan prejudis terhadap LGBT sebelum ini dan menyeru supaya dunia berhenti mencemari dan bertindak garang terhadap LGBT. Kini tiba masanya kesedaran hak asasi manusia mula muncul, kita tidak patut mengabaikan fakta ini lalu membiarkan kejadian yang menindas hak asasi manusia terus berleluasa.
Saya memahami sifat masyarakat kita yang masih konservatif, dan majoriti masih tidak bersetuju dengan kewujudan LGBT. Namun begitu, adalah tidak wajar bagi mereka yang tidak dapat menerima LGBT untuk menggunakan apa-apa cara pun untuk menindas dan mengetepikan LGBT, kerana setiap manusia diperuntukkan hak untuk hidup dan dilayani dengan belas kasihan.
Setiap orang mempunyai pandangan dan penilaian moral masing-masing terhadap LGBT. Namun sekiranya kita mengharapkan negara untuk menggubal undang-undang yang menyekat golongan minoriti yang tidak menggugat keselamatan orang lain, ia tidak wajar langsung tidak kira dari segi motif atau undang-undang sendiri yang membenarkan penindasan ini berlaku. Kita seharusnya membezakan antara penilaian moral dan hak orang lain menentukan kehidupan mereka, maka kita juga haruslah berhenti menindas golongan LGBT dari segi undang-undang.
Saya berpendapat hal ini tidak berhenti pada kumpulan LGBT sahaja, malah juga melibatkan hak wanita. Seperti yang disebutkan dalam sesetengah kritikan, undang-undang negara kita melarang hukuman sebat terhadap wanita, namun Mahkamah Tinggi Syariah masih meneruskan hukuman kali ini. Perkara ini menambah buruk masalah percanggahan antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Kerajaan Pakatan Harapan mesti bertindak secepat mungkindalam usaha menyelesaikan krisis serius ini yang mungkin membelahkan rakyat Malaysia.