Majlis pada hari ini begitu istimewa kerana perjumpaan saya bersama penjawat awam Negeri Pulau Pinang pada tahun ini berlangsung dalam bulan yang istimewa iaitu bulan Ramadan dan di kala semua muslimin dan muslimat menjalankan ibadah berpuasa. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga di dalam bulan Ramadan yang mulia ini saudara/saudari dapat menunaikan ibadat berpuasa dengan sempurna dan penuh keberkatan.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Dato’ Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas penganjuran majlis pada hari ini di mana pertemuan secara langsung saya dan para penjawat awam di Negeri Pulau Pinang mencerminkan iltizam yang tinggi Kerajaan Negeri dalam usaha untuk meningkatkan momentum serta prestasi cemerlang kita demi kesejahteraan rakyat.
Dalam kita melihat kejayaan negeri menarik pelabur dari luar, tidak dilupakan juga adalah kemudahan-kemudahan serta bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat Pulau Pinang khususnya. Adalah penting projek-projek yang dirancang baik di peringkat negeri mahupun dalam RMK-10 dapat dilaksanakan. Baru-baru ini kita menyaksikan pembukaan Pusat Rawatan Dialisis CAT di Balik Pulau dengan mengenakan bayaran yang paling murah iaitu hanya RM 30.00 sahaja sungguhpun peralatan yang Kerajaan Negeri sediakan adalah yang terbaik di dunia yang dibawa khas dari Negara Jerman. Ini semua memperlihatkan usaha kita untuk sama-sama mengembling tenaga dengan pihak swasta dalam membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan sokongan politik mereka.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang telah diamalkan oleh pentadbiran negeri ini telah menunjukkan kesannya yang besar. Transformasi yang berlaku di Negeri Pulau Pinang tidak boleh disangkal lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari boleh membezakan Pulau Pinang lapan tahun yang dahulu dengan sekarang.
Kita perlu mengkaji bagaimana ekonomi berjaya mengubah menjadi sebuah ekonomi maju berpendapatan tinggi. Kita terlalu lama dikuasai oleh kezaliman seperti rasuah dan fahaman pelampau. Di antara faktor kejayaan kritikal (Critical Success Factor (CSF)) di negara-negara maju adalah kedaulatan undang-undang, pasaran terbuka, tadbir urus yang baik, integriti dalam kepimpinan yang menentang rasuah, tumpuan membina dan mengekalkan bakat manusia, bandar yang sesuai didiami yang bersih, hijau, selamat dan sihat serta membina institusi demokratik yang menghormati kepelbagaian dan maruah manusia.
Pulau Pinang boleh belajar, mencontohi dan meluluskan CSF untuk sama-sama mencapai matlamat menjadi sebuah bandaraya yang bertaraf antarabangsa dan pintar yang dibangunkan dengan ekonomi berpendapatan tinggi. Impian kita adalah untuk mengenalpasti Pulau Pinang dengan inovasi berjalan seiring di mana Pulau Pinang adalah pelita ke arah pusat pendidikan, pusat kepelbagaian dan toleransi serta pusat perdagangan di Malaysia.
Pulau Pinang boleh menyerlah dengan sifat yang tersendiri. Kelebihan utama yang menjadikan Pulau Pinang begitu menarik terutama kepada pelancong adalah makanan penjaja yang dipilih dan diiktiraf ramai sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. Perbualan saya dengan industri pelancongan mengesahkan peranan penting yang dimainkan oleh makanan penjaja yang menjadi asas penting Pulau Pinang menjadi pilihan utama pelancong.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin dan melindungi makanan penjaja di negeri ini. Atas sebab itu, kita menjemput maklum balas orang awam sama ada kita patut menghalang warga asing dari memasak makanan penjaja negeri ini. Kita bimbang gerai-gerai makanan yang terkenal di bandar ini ataupun bandar-bandar di Malaysia yang dimasak oleh warga asing menjejaskan rasa dan kualiti makanan tersebut. Walaupun belum menjadi masalah di negeri ini, cadangan terbaru dan permintaan untuk mendapat maklum balas adalah satu inisiatif untuk mengelakkan rasa makanan unik di negeri ini daripada “sesat” kepada rasa lain sekiranya pekerja asing dibenarkan untuk memasak di gerai-gerai penjaja.
We need to study how economies successfully transformed themselves into a high-income developed economy. For too long we have been held back by despotism and convulsed by corruption and extremism. Amongst the common Critical Success Factors(CSF) of developed economies are rule of law, open markets, good governance, integrity in leadership that fights corruption, focus on building and retaining human talent, a livable city that is clean, green safe and healthy; as well as building democratic institutions that respects diversity and human dignity.
Penang can learn, emulate and adopt the same CSFs to achieve our vison of becoming an international and intelligent city that is developed with a high-income economy. Our dream is to identify Penang and innovation as twins where Penang is a beacon of learning, tolerance and trade in Malaysia.
Penang can stand out and be different. Our principal key asset that makes Penang different and attractive is our street food, rated by many as the best in the world. My conversation with the Hong Kong tourism industry reaffirmed the important role played by street food or hawker fare as the essential ingredient that defines Penang and is our top draw for tourists.
The Penang State Government is jealously protective of our famous Penang hawker food. For this reason we invite public feedback on whether we should bar foreigners from cooking our hawker food. We are concerned at famous foodstalls in other towns and cities in Malaysia being cooked by foreigners leading to a decline in the taste and quality. Whilst this is still not a problem in Penang, this latest proposal and request for public feedback is an initiative to prevent our unique Penang flavours from “mutating” to a foreign taste if foreign workers are allowed to cook at hawker stalls.
Sejak menerajui Pulau Pinang pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan pentadbiran berasaskan bajet dan tadbir urus yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) melalui pelaksanaan tender terbuka yang kompetetif untuk perolehan awam dan tender, memastikan semua pemimpin dan wakil rakyat Kerajaan Negeri membuat pengisytiharan aset dan pendedahan kontrak kerajaan yang ditandatangani dengan sektor swasta kepada orang ramai serta mengharamkan penglibatan ahli keluarga pemimpin Kerajaan Negeri berurusniaga dengan Kerajaan Negeri. Pelaksanaan prinsip-prinsip inilah yang telah menjadikan pentadbiran Pulau Pinang mendapat pujian daripada Tranparency International serta Laporan Ketua Audit Negara.
Hakikatnya tuan-tuan dan puan-puan, indikasi inilah yang membuktikan bahawa kepimpinan yang ditunjangi oleh tuan-tuan dan puan-puan sebagai penjawat awam telah berjaya membawa Pulau Pinang seperti pada hari ini.
Kejayaan Pulau Pinang seharusnya dikongsi bersama semua penjawat awam di negeri ini yang menunjukkan kegigihan dan kesungguhan mereka. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat berbesar hati memberikan bonus hari raya kepada semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang dengan bayaran setengah bulan gaji dengan minima sebanyak RM600 yang akan dibayar pada hari ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.