Maksudnya kerajaan PN tahu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali ingkar peraturan kuarantin sejak beliau pulang dari Turki pada 7hb Julai. Tetapi semua pihak cuba menyembunyikan kesalahan Khairuddin dan akhirnya gagal kerana ia telah dibongkar di parlimen oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok pada 19hb Ogos. Bukankah ini bermaksud kerajaan PN telah bersubahat dan menganiaya rakyat?
Makcik yang langgar kuarantin 14 hari SOP Covid-19 dipenjara sehari dan didenda RM8,000 oleh mahkamah. Akan tetapi, menteri yang sengaja langgar kuarantin bebas ke sana ke sini selama 7 minggu dan hanya didenda RM1,000 hari ini oleh kerajaan. Adakah ini keputusan kolektif kabinet PN dan mengapa berlaku layanan antara dua darjat?
YB Teresa juga telah menyoal tentang maklumat keluarga Khairuddin dan pegawai yang ikut dalam kunjungan menteri ke Turki. Adakah mereka juga didenda RM1,000 atau mereka ada melakukan kuarantin 14 hari di rumah masing-masing?