Skip to content

Ismail Sabri perlu batal dasar kabotaj Wee Ka Siong yang tidak berasas sehingga telah menjejaskan pelaburan digital antara RM12-15 billion

Disebabkan Kabinet yang dikitar semula yang terdiri daripada Menteri “kayu” Kerajan PN Mahiaddin Md Yassin yang gagal sebelum ini, tempoh bulan madu Perdana Menteri Ismail Sabri yang baharu boleh dikatakan berakhir dengan berkurangnya keyakinan masyarakat bukan sahaja terhadap kemampuan kerajaan untuk mengatasi pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi COVID-19 dengan segara, tetapi juga dalam menjamin masa depan digital Malaysia. Malaysia telah terlepas projek infrastruktur kabel bawah laut utama yang dijalankan oleh Facebook dan Google kerana penolakan Menteri Pengangkutan PN kedegilan Wee Ka Siong sebelum ini untuk terus memberikan pengecualian kabotaj kepada mereka.

Wee telah menolak pada 13 November 2020 untuk meneruskan dasar kabotaj Kerajaan PH sebelum itu yang memberikan pengecualian kepada kapal asing yang melakukan kerja pembaikan kabel dasar laut bagi menggalakkan pelaburan digital asing. Kedegilan Wee dalam meneruskan dasar kabotaj yang gagal telah menyebabkan Facebook dan Google meminggirkan Malaysia, apabila kebimbangan mereka mengenai kelewatan sehingga 27 hari untuk pembaikan kabel kapal selam diabaikan.

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Hussin secara terbuka menyalahkan Wee yang membatalkan pengecualian kabotaj sehingga menyebabkan Malaysia dipinggirkan oleh Facebook dan Google untuk menyokong Singapura dan Indonesia, serta menjejaskan potensi pelaburan asing pusat data bernilai RM12- 15 bilion. Apabila Pengerusi MDEC di sebelah kerajaan sendiri secara terbuka mengecam Wee atas ketidakcekapan dan kegagalan dasarnya, mengapa Wee masih berkeras dalam menolak pertimbangan rasional demi masa depan digital anak muda negara?

Ramai di dalam industri digital berharap bahawa ketika Wee terpaksa meletakkan jawatan bersama Perdana Menteri Mahiaddin Md Yassin setelah kehilangan majoriti parlimen, seorang Menteri Pengangkutan yang baharu dapat menukar semula dasar kabotaj Wee yang tidak berasas. Malangnya Wee telah di pakej semula sebagai Menteri Pengangkutan oleh Ismail Sabri, menghilangkan harapan pengecualian kabotaj akan dikembalikan semula bagi menarik Facebook atau Google untuk kembali ke Malaysia.

Awal bulan ini, terdapat laporan terkini bahawa Apricot, iaitu kabel bawah laut Facebook dan Google, yang bertujuan meningkatkan konektiviti serantau, akan melangkau Malaysia sepenuhnya. Facebook dalam satu kenyataan mengatakan bahawa sistem kabel tersebut, yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024, akan memberikan kapasiti awal yang direka lebih dari 190 tera bait sesaat (tbps) untuk memenuhi permintaan data yang meningkat di rantau ini dan menyokong kabel Echo dan Bifrost yang akan datang, yang juga tidak akan berhubung dengan Malaysia. Tanpa kabel dasar laut, pusat data tidak dapat berkembang, dan pada ketika itu bagaimana kita boleh menarik pelaburan digital yang penting? Mengapa syarikat digital berteknologi tinggi terkenal seperti Zoom atau TikTok mahu datang ke sini?

Ismail Sabri perlu menunjukkan bahawa dia berbeza dengan kerajaan Mahiaddin Md Yassin yang gagal dalam mengutamakan kepentingan dan masa depan digital negara berbanding kepentingan politik dan yang syarikat swasta yang mementingkan diri sendiri. Ismail perlu membatalkan dasar kabotaj Wee Ka Siong yang tidak berasas sehingga telah menjejaskan pelaburan digital antara RM12-15 bilion dan mengembalikan pengecualian kabotaj, bagi menjamin masa depan digital negara dan menarik syarikat digital berteknologi tinggi seperti Facebook dan Google untuk tidak sepenuhnya meminggirkan negara kita tetapi untuk kembali ke Malaysia.