Saya amat kesal dengan reaksi yang berlaku mengenai satu Facebook posting yang berupa lukisan kartoon baru-baru ini. Amat jelas sekali bahawa gambar tersebut adalah fitnah jahat yang sengaja dibuat pada bulan yg mulia ini.
Saya bertegas bahawa saya tidak pernah sekalipun melukis atau memuat naik gambar itu dalam Facebook akaun saya dan saya tidak pernah berniat untuk mengguris hati mana-mana rakan-rakan Melayu dan yang beragama Islam yang saya hormati sepanjang masa ini.
Ini adalah satu helah politik kotor dan fitnah. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi kerana ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Memandangkan kini ialah bulan Syawal yang mulia, saya tidak bercadang ambil tindakan tegas tetapi keadaan bertambah keruh bila ada puak pelampau yang membuat himpunan haram menyemarakkan tohmahan & fitnah terhadap saya. Oleh itu, saya akan buat satu laporan polis terhadap kempen fitnah tersebut dalam masa terdekat untuk membela keharmonian masyarakat yang kita sayangi ini.
Marilah sama-sama kita menuju ke arah politik matang tanpa fitnah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.