Skip to content

Isu keselamatan Sabah: Kerajaan mengaku kalah pada teroris?

Sejak ESSCOM ditubuhkan, sudah lebih RM1 bilion diperuntukkan kepada agensi ini untuk tujuan menjaga keselamatan negeri Sabah. Tetapi walaupun peruntukkan yang beri dari Bajet 2015 kepada ESSCOM sebanyak RM660 juta, meningkat dari RM75 juta dalam bajet 2014, dan dalam bajet 2016 pula ESSCOM diperuntukkan pula sebanyak RM523 juta, tetapi penculikan masih berlaku di pantai timur Sabah setiap tahun. Yang terkini ialah penculikan yang berlaku pada 14 Mei tahun ini di Restoran Ocean King bandar Sandakan. Ia adalah amat serius, ia bukan sahaja berlaku di pensisiran pantai, malah di darat dan restoran yang dipenuhi penduduk biasa.

Saya tidak faham, walaupun berpuluh-puluh juta sudah disediakan untuk menambahbaik keselamatan pantai timur Sabah, tetapi ia semakin serius dan nampaknya langsung tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan. Saya ingin tahu apakah status kedua orang tebusan yang bernama Thien Nyuk Fun dan Bernard Then Ted Fun?

Terdapat beberapa soalan penting harus kerajaan jawab: Bilakah kerajaan boleh menyelamatkan dua orang rakyat Malaysia ini? Apakah cara kerajaan akan ambil untuk memperkukuhkan keselamatan di Sabah? Bagaimana kerajaan akan menggunakan bajet RM523 juta yang disediakan dalam Bajet 2016? Adakah kelengkapan canggih dibeli?

Perintah berkurung telah dikuatkuasakan selama seahun dan hingga kini masih diteruskan, bilakah kerajaan akan menamatkan perintah berkurung ini? Ia seolah-olah menunjukkan kerajaan telah mengaku kalah kepada teroris yang berleluasa di selatan Filipina. Selain itu, timbul juga beberapa persoalan: Adakah rasuah berlaku di pantai timur Sabah melibatkan pegawai keselamatan kita yang bersekongkol dengan terorist tersebut? Selain itu, saya juga ingin tahu apakah SOP bagi ESSCOM? Saya mendapat maklumat, benarkah wujud penyalahgunaan kuasa dalam agensi keselamatan ini.

Saya berpendapat bahawa jikalau gugatan keselamatan masih berlaku di selatan Filipina, maka isu ini tidak akan dapat diselesaikan secara sempurna. Adakah kemungkinan kerajaan mengambil pertimbangan mengambil tindakan ketenteraan terhadap kumpulan terroris tersebut?

Saya diberitahu bahawa dibawah undang-undang antarabangsa, ada satu prinsip bernama hot pursuit, bahawasanya jika suatu Negara diceroboh kumpulan teroris dari negara lain, kita punya hak untuk mengambil tindakan ketenteraan di tanah negara asing itu untuk membanteras kumpulan teroris bagitujuan mempertahankan keselamatan sendiri ataupun self defense. Oleh itu, saya minta kerajaan kaji sama ada kaedah ini boleh digunakan sebagai langkah akhir kerajaan jika pencerobohan atau penculikan terus berlaku.

Saya rasa kita tidak boleh selalu mengambil pendirian yang terlalu defensive, sekiranya ada keperluan, adakah kerajaan boleh mengambil tindakan yang lebih keras untuk menyelesaikan isu tersebut.