Skip to content

Isu komik “Inisiatif Jalur dan Jalan”: DAP tiada kaitan

Merujuk kepada isu pengiriman sesalinan komik “Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI)” kepada perpustakaan-perpustakaan, saya ingin menegaskan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Sayap Sosialis Muda DAP (DAPSY) tidak sama sekali ada kaitan dengan penerbitan komik tersebut.

Kandungan komik tersebut adalah perspektif peribadi pengarang hasil inisiatif Asia Comic Culture Museum. Sama ada perspektif tersebut adalah benar atau tidak benar adalah bergantung kepada tafsiran pembaca. Walaubagaimanapun, isi kandungan komik tersebut tidak mencerminkan pendirian DAP mahupun DAPSY.

Di samping itu, DAP menjunjung kebebasan bersuara yang tidak melanggar undang-undang ataupun memudaratkan hak dan kebajikan pihak lain.