Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Normala Abdul Samad dan Prof Madya Dr Kassim Tukiman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkaitan keresahan penduduk Melayu bandar yang kian terpinggir akibat kerancakkan pembangunan di daerah Johor Bahru serta situasi liberal yang membenarkan warga asing memiliki hartanah di situ, DAP Johor berpendirian bahawa;
- Isu kesempitan hidup dan ketidakmampuan dalam pemilikan hartanah BUKAN SEKADAR melanda masyarakat Melayu, tetapi turut menimpa masyarakat Johor dan Malaysia dari pelbagai kaum.
- DAP berpendirian bahawa pembangunan di negeri Johor TIDAK SEWAJARNYA tertumpu kepada spekulasi hartanah semata-mata.
- DAP juga berpendapat, pembangunan di Johor mestilah TIDAK SEKADAR tertumpu di Johor Bahru dan Wilayah Iskandar.
Isu pokok yang sebenar ialah nasib rakyat Malaysia keseluruhannya yang telah dianaktirikan oleh warga asing yang mengaut keuntungan hasil dari spekulasi nilai hartanah.
Pembangunan yang ingin dijalankan mestilah turut mengambil kira aspek keseimbangan mengikut sektor-sektor lain yang ada seperti pembuatan, pertanian, perlancongan dan sebagainya.
Sebaliknya ia mestilah diperluaskan ke wilayah Johor Tengah dan Johor Utara agar manfaatnya dapat dinikmati oleh keseluruhan rakyat; bukan sekadar warga di Johor Selatan sahaja atau kroni-kroni yang berkepentingan.