Satu perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar telah diadakan pada 13hb Januari di tapak kuil yang telah dirobohkan pada 11hb Januari bersama Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang.
Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar, mereka telah diberi tangguhan roboh sehingga 13hb Januari. Namun, pihak polis dan pihak kontraktor telah datang pada 11hb Januari dan menyekat persimpangan masuk ke kuil. Robohan dijalankan dan mereka tidak dibenarkan masuk sehingga tidak dapat mengalihkan patung dewa-dewi yang masih terletak dalam kuil.
Komuniti India tempatan kehilangan tempat ibadat yang penting, kuil Sri Siva Sakti Sri Sinna Karuppar Aalayam merupakan sebuah kuil yang mempunyai sejarah selama 80 tahun, ia merupakan tempat ibadat yang amat penting bagi komuniti India tempatan.
Negara kita merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Segala isu yang terlibat dengan kaum dan agama terutamanya tempat ibadat adalah isu sensitif yang harus diambil berat oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan Negeri harus membuat rundingan sebelum kuil dirobohkan dan memberi keutamaan untuk memelihara kuil tersebut.
Tetapi malangnya, peristiwa ini telah menunjukkan kerajaan Negeri gagal dan tidak prihatin serta mengabaikan kepentingan komuniti tempatan. Pihak Kerajaan patut memberi bantuan dan membuat rundingan dengan pemilik tanah atas dasar kemanusiaan dan membantu pihak kuil untuk kosongkan serta pindahkan patung dewa dewi sebelum dirobohkan.
Kita harus saling menghormati agama antara satu sama lain dan perobohan ini telah mengakibatkan patung dewa-dewi diroboh kerana tidak dapat dialihkan. Pihak polis telah menghalang persimpangan masuk ke kuil tersebut.
Walaupun dari segi undang-undang pihak persatuan kuil tidak memilik tanah. Tetapi, atas dasar kemanusiaan pihak kerajaan harus menyekat segala perancangan yang akan dijalankan di atas tanah tersebut sehingga masalah kuil selesai. Sebagai contoh, di Selangor dan Pulau Pinang, pampasan atau pemindahan tempat ibadat akan dirunding dan dibuat sebelum segala perobohan.
Saya mengesa pihak berkuasa mengambil berat akan peristiwa ini.