Skip to content

Jaminan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bahawa Kerajaan PN komited untuk mengganti semula tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) apabila krisis Covid-19 berakhir dan kewangan kerajaan pulih, tidak bermakna

Jaminan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bahawa Kerajaan PN komited untuk mengganti semula tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) apabila krisis Covid-19 berakhir dan kewangan kerajaan pulih, tidak bermakna ketika kerajaan tidak mungkin memiliki kapasiti dan keupayaan untuk melakukannya dalam masa terdekat. Oleh kerana Malaysia tidak boleh meminjam untuk mengganti semula dana dalam KWAN, kerana pinjaman kerajaan hanya untuk membiayai projek-projek pembangunan, ini bermakna penggantian semua tersebut harus dari hasil kutipan kerajaan .

Hasil kerajaan persekutuan diunjurkan menurun 14% kepada RM227.3 bilion pada tahun 2020 daripada RM264.4 bilion pada tahun 2019, hasil daripada kutipan cukai yang lebih rendah berikutan kemelesetan ekonomi. Jumlah hasil untuk tahun 2021 diunjurkan meningkat sebanyak 4.2% dari tahun 2020 menjadi RM237 bilion. Sasaran 29021 ini tidak mungkin dicapai dengan dua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan setakat tahun ini.

Kerajaan PN telah menggunakan kuasa darurat untuk meminda Akta KWAN, tanpa kelulusan parlimen, untuk membolehkan dana dari KWAN digunakan untuk membeli vaksin COVID-19 dan perbelanjaan yang berkaitan. Dari RM19.5 bilion dana KWAN setakat akhir 2020 yang bertujuan untuk membiayai projek dan pelaburan pembangunan masa depan, RM5 bilion diperuntukkan untuk vaksin COVID-19. DAP menegaskan bahawa kerajaan seharusnya meminjam lebih banyak wang tahun lalu untuk membiayai pembelian vaksin denvan lebih awal dan tidak menunda sehingga terlambat.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana perbelanjaan untuk RM38 bilion Dana COVID-19 yang diperuntukkan pada tahun 2020 dan RM17 bilion Dana COVID yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 digunakan. Malangnya, RM5 bilion yang diperuntukkan dari tabung KWAN masih belum memenuhi objektifnya untuk mempercepat proses vaksinasi dengan kadar vaksinasi yang perlahan dan rendah. Malaysia adalah negara Asia Pasifik terburuk dari segi jangkitan COVID-19 per kapita dan kes jangkitan harian kita sekarang lebih tinggi daripada Indonesia.

Tidak akan pernah saya sangka keadaan Malaysia lebih buruk daripada Indonesia, sehingga Indonesia menggunakan Malaysia sebagai peringatan kepada rakyatnya mengenai segala perkara yang boleh menjadi teruk akibat gagal mematuhi Covid-19 SOP. Amaran terhadap kegagalan Malaysia dalam pengurusan krisis COVID-19 tidak dibantu oleh kadar vaksinasi yang rendah sebanyak 2.3% untuk dua dos, yang bahkan lebih rendah daripada kadar vaksinasi Indonesia untuk dua dos pada 4.2% dari jumlah penduduknya yang lebih besar.

Kementerian Kewangan lambat bertindak bagi menyediakan dana dari pinjaman untuk membeli vaksin COVID-19 lebih awal, yang mengakibatkan peruntukan RM5 bilion dari tabung KWAN baru-baru ini gagal memenuhi objektifnya untuk mempercepat proses vaksinasi. Dengan Parlimen dilarang bersidang, rakyat tidak dapat memperoleh jawapan bagaimana RM60 bilion dana langsung untuk memerangi COVID-19 telah dibelanjakan, melibatkan RM38 bilion Dana COVID-19 pada tahun 2020, RM17 bilion Dana COVID-19 pada tahun 2021 dan RM5 bilion dari tabung KWAN.