Pada Januari tahun yang lalu, berita tentang seorang guru mualaf di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Johor diarahkan membuka tudung telah mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.
Walau bagaimanapun, peristiwa telah diselesaikan dengan sempurna apabila pentadbiran sekolah berkenaan membuat satu permohonan maaf secara terbuka.
Malangnya, seorang blogger bernama Azmy Awang Kelana Jaya telah mengambil kesempatan dengan menulis artikel dalam blognya yang bertajuk “DAP makin kuat di Johor, Islam makin dipijak: Guru Mualaf dipaksa buka tudung”.
Satu laporan polis telah dibuat terhadap blogger tersebut pada 19 Januari 2014, atas sebab artikel tersebut boleh mendatangkan persepsi yang buruk terhadap DAP dan juga boleh membangkitkan sentimen perkauman sedangkan DAP bukanlah parti perkauman dan juga anti Islam.
Ahli Parlimen Kulai YB Teo Nie Ching dalam persidangan Parlimen baru-baru ini telah mengajukan persoalan berkenaan isu ini.
Menurut jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, pihak polis telah selesai menjalankan siasatan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kerta siastan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara melalui Ketua Unit Pendakwaan Johor bagi mendapatkan pandangan dan nasihat pada 14 Januari 2014.
Soal Nie Ching, bagaimana siasatan selesai awal pada 14 Januari 2014 sedangkan laporan dibuat pada 19 Januari 2014? Ini bermakna tidak ada laporan dibuat namun siasatan sudah dijalankan! Sungguh pelik!
Tambahnya lagi, blogger bernama Azmy Awang ini masih lagi bebas dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil sedangkan jawapan menteri dalam negeri siasatan telah selesai dijalankan?
Ujar Nie Ching lagi, tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap pilih kasih atau “Double Standard” di dalam menjalankan pendakwaan oleh pihak kerajaan.
Selain daripada Azmy Awang, Ibrahim Ali dan Dr Mashitah yang membuat kenyataan yang berunsur fitnah juga tidak pernah dikenakan hukuman sampai hari ini.
Justeru itu, Nie Ching berharap Jabatan Peguam Negara khususnya Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Kementerian Dalam Negeri dapat berlaku adil dan telus di dalam menjalankan hukuman terhadap pesalah yang mendatangkan persepsi yang buruk terhadap mana-mana pihak.