Skip to content

Jangan selindung, jelaskan perbelanjaan RM230 juta SEDIC

Kuncu-kuncu MIC dan Dato’ Seri SK Devamany mencaci saya kerana kenyataan yang dibuat berkenaan dengan SEDIC. Saya mendakwa SEDIC berfungsi dengan pengaruh MIC. SEDIC bagaikan kerbau dicucuk hidung terpaksa ikut telunjuk MIC.

SEDIC bukanlah bebas dan neutral seperti yang didakwa oleh pihak kerajaan. SEDIC telah dicemari dengan campurtangan pemimpin-pemimpin politik terutamanya daripada MIC.

Saya boleh membuktikan dakwaan ini. Saya telah meminta penjelasan berkaitan beberapa isu berkaitan dengan SEDIC di Dewan Rakyat. Tetapi, terang-terang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab, Dato’ Seri SK Devamany telah mengelak menjawab soalan-soalan berkenaan. Dewan Rakyat adalah forum terbaik untuk mendapatkan pencerahan mengenai apa-apa isu yang keruh.

Saya rasa pelik apabila kuncu-kuncu MIC meminta saya melihat laman sesawang SEDIC untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Jikalau semua maklumat boleh diperolehi di laman web, kita tidak perlu Dewan Rakyat untuk membahaskan isu rakyat.

Saya mohon kepada kuncu-kuncu MIC ini memberi nasihat kepada pemimpin-pemimpin mereka supaya berani menjawab pihak pembangkang di Dewan Rakyat dan bukannya menyorok di belakang ahli-ahlinya.

Isu SEDIC ini adalah penting kerana sejumlah RM230 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan sosio ekonomi kaum India sejak tahun 2014. Tetapi, adakah wang ini telah sampai kepada sasaran? Boleh SEDIC nyatakan secara terperinci bagaimanakah wang sejumlah RM230 juta itu telah dibelanjakan dalam tempoh 3 tahun?hone