KUALA KUBU BHARU: Penduduk terutama belia Kampung Orang Asli Buloh Telor di sini, kini boleh bermain sepak takraw dan kegiatan sukan lain dengan lebih selesa di gelanggang yang baharu dibaik pulih daripada peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Gelanggang yang agak daif sebelum ini mendapat perhatian calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao semasa berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Mei tahun lalu, yang berjanji sekiranya beliau dipilih kerja-kerja baik pulih akan dijalankan secepat mungkin.
Sebelum ini, golongan belia di kampung tersebut terpaksa bermain sepak takraw di gelanggang yang berlopak-lopak serta lantai yang retak sehingga membahayakan keselamatan mereka tetapi atas semangat bersukan mereka meneruskan riadah yang dilakukan pada setiap pertang
Hari ini gelanggang yang lebih selesa yang menjadi impian penduduk sudah siap untuk digunakan, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bersama ADUN KKB, YB Pang Sock Tao turun padang untuk meninjau gelanggang serba cantik itu serta beramah mesra dengan penduduk Buloh Telor yang terletak kira-kira 6 km dari bandar KKB.
YB Pang Sock Tao mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh atas sokongan merealisasikan impian penduduk Kampung Orang Asli Buloh Telor.
Katanya, projek tersebut adalah antara janji beliau semasa berkempen PRK KKB kepada penduduk kampung tersebut yang memohon supaya kerja baik pulih dilakukan ke atas gelanggang yang menjadi tumpuan utama belia kampung.
“Kini penduduk kampung bukan sahaja memiliki gelanggang yang baharu tetapi juga mendapat manfaat penyelenggaraan tebing sungai untuk mengelak takungan air selain pemasangan empat tiang lampu solar.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hannah (Yang Berhormat, Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan) dan Menteri angkat kepada Kampung Orang Asli Buloh Telur atas sokongan padu serta sumbangan beliau yang telah merealisasikan impian penduduk kampung
“Kini penduduk kampung boleh menggunakan gelanggang siang atau malam, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
YB Pang Sock Tao bersama pasukan DUN KKB sekali lagi turun padang meninjau gelanggang dan kawasan sekitar kampung tersebut baru-baru ini.
Tambah YB Pang Sock Tao, pelaksanaan projek tersebut merupakan komitmen Kerajaan Selangor dan Kerajaan Madani mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka termasuk masyarakat Orang Asli di Selangor.
Sementara itu, YB Pang Sock Tao berkata, projek menaiktaraf gelanggang futsal berbumbung Taman Tanjak, Ampang Pecah sudah siap dan boleh digunakan oleh penduduk taman tersebut.
Katanya, projek tersebut mendapat peruntukan daripada KBS selepas permohonan dibuat oleh mendiang YB Lee Kee Hiong bekas ADUN KKB sebelum ini.