Skip to content

Jawatankuasa negeri DAP Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua ADUN DAP Perak, Yong Choo Kiong( Tronoh) dan A Sivasubramaniam (Buntong) yang mengumumkan keluar dari Parti hari ini dan menyokong Perikatan Nasional

Jawatankuasa negeri DAP Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dua (2) ADUN DAP Perak, Yong Choo Kiong( Tronoh) dan A Sivasubramaniam (Buntong) yang mengumumkan keluar dari Parti hari ini dan menyokong Perikatan Nasional (PN). Jawatankuasa negeri dengan ini mengesyorkan kepada jawatankuasa Displin parti bahawa kedua-dua ADUN ini DIPECAT dengan segera.

Ini adalah satu tindakan pengkhianatan besar terhadap mandat Rakyat yang telah memilih Pakatan HARAPAN dan menolak Kerajaan Kleptokrasi yang lepas pada 9hb Mei, 2018.

Kedua-dua ADUN ini bohong bila mereka mendakwa demi rakyat mereka keluar parti dan berpaling tadah sokong Ahmad Faizal. Ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Tronoh & Buntong serta sistem demokrasi negara kita.

Perlu ditegaskan Kedua-dua ADUN tersebut bertanding dan menang atas tiket Pakatan Harapan dan menang sebagai calon DAP. Atas kelakuan pengkhianatan mereka, kedua-dua ADUN ini sudah hilang integriti & tidak lagi boleh dipercayai oleh sesiapa pun.

Demi mempertahankan mandat rakyat, DAP Perak menuntut kedua-dua mereka meletak jawatan dengan SEGERA dan memulangkan hak pilihan kepada Rakyat di kawasan Tronoh dan Buntong.

DAP Perak juga memesan ahli-ahli Parti supaya terus bersikap teguh dan berdiri bersama dengan parti dalam usaha mempertahankan pilihan dan mandat Rakyat.