Isu pameran notis “Serve No Pork” yang dibangkitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) baru-baru ini haruslah diperjelaskan kepada rakyat umum memandangkan percanggahan pandangan terhadap isu tersebut oleh JHEAINS sendiri.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau, Abdul Imam Basirun meminta pemilik dan pengusaha makanan di daerah Tawau supaya tidak mempameran notis “Serve No Pork” di premis mereka keran notis sedemikian boleh mengelirukan orang ramai terutama umat Islam terhadap status halal makanan yang dihidang.
Akan tetapi, pengarah JHEAINS, Datuk Amri Suratman berkata lain. Beliau mengatakan JHEAINS tidak boleh mengambil tindakan ke atas pengusaha restoran menggunakan ungkapan itu kerana tiada unsur halal cuba ditonjolkan bagi menyakinkan pelanggan mereka. Pengecualian mengamnbil kira makna ungkapan itu yang tidak bermaksud menyakinkan umat Islam bahawa premis atau makanan disajikan adalah halal keran hanya menyebut tiada khinzir dihidangkan di premis terbabit. Pengecualian itu turut mengambil kira pandangan bahawa ungkapan itu ditujukan kepada pengguna bukan Islam yang tidak memakan khinzir. (Berita Harian, 2012/08/05)
Sememangnya kenyataan-kenyataan oleh pegawai tadbir dan pengarah JHEAINS yang saling bercanggah yang mengelirukan rakyat. Adakah kenyataan pegawai tadbir Tawau yang muktamad atau kenyataan pengarahnya yang muktamad? Saya berpendapat pengarah JHEAINS harus mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai tadbir yang di bawahnya agar melakukan apa yang sewajarnya, dan bukan menimbulkan isu yang membawa kesan polarisasi kepada masyarakat.
Adakah umat-umat Islam begitu jahil sekali sampai senang terpedaya oleh pameran notis “Serve No Pork”? Lebih penting lagi, apakah akta-akta yang dirujuk oleh JHEAINS supaya mereka berkuasa meminta pemilik restoran menurunkan notis “Serve No Pork”? Kalau tidak, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian?
Sebetulnya, ungkapan “Serve No Pork: digunakan peniaga bukan Islam di premis mereka tidak boleh dianggap sebagai halal menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 berkaitan Halal. Saya percaya umat Islam tidak akan keliru dengan penggunaan ungkapan itu kerana jelas tiada unsur halal dinyatakan. Ungkapan “Serve No Pork” berlainan dengan “Ditanggung Halal”.
Saya cuma mengingatkan kepada JHEANIS bahawa, Sabah sekian lama menikmati hubungan mesra sesama masyarakt yang berbilang kaum dan agamanya. Adalah lumrah masyarakat di Sabah ini bahawa umat-umat Islam duduk, minum kopi, saling berbual-bual di resoran yang sama. Janganlah cuba membawa masuk budaya yang lebih bersifat terkongkong ke Sabah yang betul-betul menghayati maksud sebenar Satu Malaysia, yang sering dilaun-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.