Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu risau tentang orang awam berlaku tidak adil terhadap pihak polis dalam penentangannya terhadap penjenayah tegar di Malaysia. Itu sebabnya kenapa rakyat Malaysia menuntut supaya lebih banyak sumber diperuntukkan dalam bentuk kelengkapan dan kakitangan; terutamanya apabila hanya 9% daripada kekuatan anggota polis berjumlah 112,583 orang atau 10,150 anggota sahaja yang memerangi jenayah. Sebaliknya rakyat turut menuntut supaya Ahmad Zahid menambahkan bilangan anggota polis yang menentang jenayah dan membuat rondaan sehingga 50% daripada jumlah keseluruhan anggota, atau 56,000 orang; demi memastikan tugas tersebut dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.
Soalnya ialah sama ada Ahmad Zahid bertindak adil terhadap pasukan polis dengan mengalihkan kekuatan mereka daripada tugas utama membasmi jenayah dengan mengarahkan mereka melaksanakan tugasan lain, termasuklah memantau dan menangani pihak lawan politik BN. Adilkah Ahmad Zahid terhadap pasukan polis yang kini dipersoalkan atas kegagalan menjaga keselematan orang awam apabila pasukan polis pada masa-masa tertentu dihadkan kepada tugas-tugas tidak penting dengan mengalihkan tumpuan daripada penjenayah kepada wakil rakyat yang patuh kepada undang-undang, yang malangnya mewakili pihak pembangkang?
Untuk menjustifikasi pengembalian semula undang-undang pencegahan yang membenarkan penahanan tanpa bicara, Ahmad Zahid mendakwa bahawa pembebasan 2,600 orang penjenayah lantaran pemansuhan Ordinan Darurat pada tahun 2011 telah mengakibatkan terbentuk sebuah pasukan penjenayah seramai 260,000 orang berkeliaran di jalanan Malaysia. Angka yang datang daripada Menteri Dalam Negeri ini sangat mengejutkan; malah kiraannya dalam menganggar bilangan penjenayah bukan sekadar berasaskan syak malah dibesar-besarkan secara melampau.
Namun, jika benarlah dakwaan Zahid Hamidi bahawa terdapat 260,000 penjenayah bebas di jalanan negara, maka usaha menghidupkan semula undang-undang seakan-akan Ordinan Darurat tidak akan membantu polis, malah Angkatan Tentera Malaysia bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) harus membantu pihak polis menghadapi ketumbukan 260,000 orang penjenayah ini.
Angka mengejutkan 260,000 orang penjenayah ini adalah jauh melampaui bilangan jumlah anggota polis seramai 112,583 serta pasukan angkatan tentera seramai 124,000 orang. Atas sebab ini, DAP bukan sahaja menyeru angkatan tentera untuk membantu pasukan polis, malah supaya pasukan pengaman PBB juga diundang bagi membantu pasukan polis Malaysia daripada dikalahkan pasukan penjenayah berbilangan 260,000 orang ini.