Skip to content

Jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang merasakan tidak perlu meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk menyelaraskannya dengan Perlembagaan Persekutuan, maka saya sekurang-kurangnya telah menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyuarakan kebimbangan tersebut

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak berhasrat untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelaraskannya dengan peruntukan yang baru dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan. Keperluan untuk meminda perlembagaan negeri bagi membuang sebarang keraguan bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah pendapat undang-undang peguam DAP serta pandangan yang dipertimbangkan oleh Ketua Biro Guaman DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Atas kapasiti saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, saya telah mengusulkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 untuk meminda perlembagaan negeri Pulau Pinang untuk mengharamkan lompat parti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri yang sama ada meletak jawatan atau dipecat daripada parti mereka. Walaupun saya menyokong pindaan 2012 ini, kebimbangan saya ialah ia tidak seharusnya tidak konsisten dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang baru diluluskan oleh Parlimen pada Julai tahun ini yang menganggap peletakan jawatan tetapi bukan pemecatan sebagai ahli sebagai lompat parti.

Namun, jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang merasakan tidak perlu meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk menyelaraskannya dengan Perlembagaan Persekutuan, maka saya sekurang-kurangnya telah menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyuarakan kebimbangan tersebut.