Jumlah kontrak yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang Sebanyak RM8.3 bilion sepanjang 7 tahun sejak 2008 adalah lebih besar daripada keseluruhan nilai projek yang diberikan sepanjang 50 tahun oleh kerajaan negeri BN sebelum 2008. Daripada nilai projek RM8.3 bilion ini, RM7.8 bilion diberikan secara tender kompetitif terbuka, manakalah bakinya sebanyak RM496 juta adalah secara sebutharga.
RM7.8 bilion atau 94% daripada nilai projek kerajaan negeri RM8.3 bilion telah diberikan kepada kontraktor bumiputera.(lihat lampiran 1) Ini sekaligus menangkis fitnah dan penipuan oleh pemimpin UMNO dan BN yang cuba mainkan sentimen perkauman bahawa kontraktor bumi tidak dijaga oleh kerajaan negeri atau tak mendapat kontrak kerajaan negeri PR. Malah calon UMNO Permatang Pauh Suhaimi Sabudin sendiri mengakui boleh cari makan sebagai kontraktor di Pulau Pinang dan tidak berani menafikan bahawa syarikat berkaitan dengan beliau juga menerima projek yang diberikan oleh agensi kerajaan negeri.
Kemampuan kerajaan negeri PR mengeluarkan projek bernilai RM8.3 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri adalah bergantung kepada sistem urus tadbir Cekap Akauntable dan Telus atau CAT yang membolekhan pengurusan yang bersih dan amanah. Bukan sahaja CAT telah membolehkan projek bernilai RM8.3 bilion dikeluarkan, maka telahpun mencatatkan lebihan Belanjawan sebanyak RM 453 juta dalam tempoh 6 tahun di antara 2008-2013. Sekali lagi, lebihan Belanjawan sebanyak RM453 juta dalam tempoh 6 tahun ini, adalah jauh lebih besar daripada lebihan Belanjawan sebanyak RM373 juta dalam 50 tahun sebelum 2008 di antara 1957-2007!
Di samping itu, rakyat Pulau Pinang boleh menilai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang bila nilai pelaburan meningkat sebanyak 93.6% kepada RM48.2 bilion untuk tempoh 7 tahun di antara 2008 ke 2014, berbanding dengan tempoh 7 tahun sebelum ini di antara 2001 ke 2007 sebanyak RM24.9 bilion. Pada masa yang sama hutang kerajaan negeri pun berjaya dikurangkan sebanyak 90%.
Selain daripada projek, kerajaan negeri telahpun mengagihkan RM 287 juta daripada lebihan Belanjawan RM453 juta terus kepada rakyat dalam bentuk wang tunai. Bayaran program emas kepada warga emas, ibu tunggal, suri rumah pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan mahasiswa serta pemandu teksi dan penarik beca telah membolehkan lebih 200,000 rakyat Pulau Pinang mendapat menfaat terus daripada kerajaan negeri.
Itulah yang harus dinilai oleh rakyat dari segi aspek hasil dan prestasi pentadbiran kerajaan negeri yang bawa perubahan – bukanlah persaingan mainkan sentimen perkauman dan ekstrimis. Kerajaan negeri akan menjawab fitnah dan penipuan ekstrimis dan perkauman dengan fakta seperti tuduhan liar anti-Islam dengan fakta bahawa peruntukan untuk hal ehwal agama telahpun dinaikkan lebih 100% berbanding dengan BN yang diperuntukkan pada 2008(lihat lampiran 2)
Kerajaan negeri akan teruskan projek membina lebih 22,000 buah rumah awam dan mampu milik daripada sumbangan RM500 juta ke RM 1 bilion oleh Penang Development Corporation, di mana harga rumah tidak akan melebihi RM400,000 di kawasan pulau dan tidak melebihi RM250,000 di kawasan Seberang Perai berbanding dengan agensi kerajaan pusat yang membina membina rumah berharga RM1.8 juta di kawasan pulau dan RM800,000 di kawasan Seberang Perai.