Skip to content

Kabinet tidak melakukan tugas mereka kerana gagal memenuhi tempoh 2 minggu yang ditetapkan sendiri yang tamat tempoh pada 28 April, bagi memutuskan sama ada untuk menukar semula dasar kabotaj Wee Ka Siong yang telah ditolak kerana memberi kesan terhadap pelaburan digital berteknologi tinggi antara RM12-15 bilion

Kabinet PN tidak melakukan tugas mereka kerana gagal memenuhi tempoh 2 minggu yang ditetapkan sendiri yang telah tamat tempoh lebih dari sebulan yang lalu pada 28 April untuk memutuskan sama ada akan menukar semula dasar kabotaj Wee Ka Siong yang telah ditolak kerana memberi kesan terhadap pelaburan digital berteknologi tinggi antara RM12- RM15 bilion. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Kabinet 14 April, memberikan tempoh 2 minggu kepada 6 Kementerian yang berbeza untuk mengkaji semula kesan dasar kabotaj negara terhadap industri digital dan perkapalan.

Sekarang setelah tempoh 2 minggu pada 28 April telah berakhir lebih dari sebulan yang lalu, Kabinet masih diam membisu mengenai keputusan mereka sama ada untuk meneruskan atau menukar semula dasar kabotaj sedia ada. Tiada sebarang keputusan terhadap hasil kajian semula seperti ini adalah perkara biasa bagi sebuah kerajaan yang gagal. Wee telah menolak pada 13 November 2020 untuk meneruskan dasar kabotaj PH bagi memberikan pengecualian kepada kapal asing yang melakukan pembaikan kabel dasar laut bagi menggalakkan pelaburan digital asing.

Kedegilan Wee dalam meneruskan dasar kabotaj yang gagal telah menyebabkan Facebook dan Google mengenepikan Malaysia, apabila kebimbangan mereka mengenai kelewatan sehingga 27 hari untuk pembaikan kabel dasar laut tidak diendahkan. Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Hussin secara terbuka menyalahkan Wee yang membatalkan pengecualian kabotaj sehingga menyebabkan Malaysia dipinggirkan oleh Facebook dan Google dengan memilih Singapura dan Indonesia, serta membahayakan pelaburan berpotensi pusat data bernilai RM12-15 bilion pelaburan asing.

Kerajaan PN telah gagal dalam ujian untuk mengutamakan masa depan digital Malaysia dengan memberi keutamaan kepada masa depan politik mereka sendiri, semata-mata mahu menjaga muka Wee demi memastikan sokongan 2 Ahli Parlimen MCA Wee untuk PN. Dasar pengecualian kabotaj bagi pelaburan digital bernilai tinggi dan berteknologi tinggi harus dikembalikan semula untuk memastikan bahawa Malaysia tidak kehilangan pelaburan digital sebanyak RM12-15 bilion.