Skip to content

Kaji semula SOP, benarkan perniagaan beroperasi selepas 8 malam

Kami menggesa Kerajaan Perikatan Nasional membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi seperti yang tercatat dalam lesen perniagaan mereka dan tidak terhad sehingga 8 malam memandangkan makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang telah menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja. Membenarkan para peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.

Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki SOP ini kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka. Kami juga menggesa Kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi. Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini.

Darell Leiking
AHLI PARLIMEN PENAMPANG

Syed Saddiq
AHLI PARLIMEN MUAR

Mohd Azis Jamman
AHLI PARLIMEN SEPANGGAR

Hannah Yeoh Tseow Suan
AHLI PARLIMEN SEGAMBUT

Yeo Bee Yin
AHLI PARLIMEN BAKRI

Baru Bian
AHLI PARLIMEN SELANGAU

Sivarasa Rasiah
AHLI PARLIMEN SUNGAI BULOH

Salahuddin Ayub
AHLI PARLIMEN PULAI

Amiruddin Hamzah
AHLI PARLIMEN KUBANG PASU

Teo Nie Ching
AHLI PARLIMEN KULAI

Isnaraissah Munirah Majilis
AHLI PARLIMEN KOTA BELUD

Mahfuz Omar
AHLI PARLIMEN POKOK SENA

Khalid Samad
AHLI PARLIMEN SHAH ALAM

Dr Maszlee Malik
AHLI PARLIMEN SIMPANG RENGGAM

Maria Chin
AHLI PARLIMEN PETALING JAYA

Wong Shu Qi
AHLI PARLIMEN KLUANG

Teresa Kok Suh Sim
AHLI PARLIMEN SEPUTEH

Dr Dzulkefly Ahmad
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR

Dr Lee Boon Chye
AHLI PARLIMEN GOPENG

Kasthuriraani Patto
AHLI PARLIMEN BATU KAWAN

Nor Azrina Surip @ Nurin Aina
AHLI PARLIMEN MERBOK