Skip to content

Kalau dasar agihan vaksin berpandukan sains dan data, kenapa bekalan begitu terhad untuk Johor?

Apabila kadar vaksinasi mencecah rekod baru iaitu sebanyak 268,604 dos di peringkat kebangsaan pada hari Khamis (Jun 25), kemajuan di negeri Johor agak mengecewakan sejak minggu yang lalu. Memandangkan kes kumulatif positif Covid di Johor antara tertinggi di Malaysia dan bilangan penduduk Johor yang ramai, kenapa bekalan vaksin begitu terhad untuk Johor? Apakah dasar bekalan vaksin berpandukan sains dan data?

Pada hari Khamis, jumlah dos yang diberi di seluruh negeri Johor hanya 17,594 dos terdiri daripada 10,222 dos pertama dan 7,372 dos kedua. Semalam, jumlah dos yang diberi di seluruh negeri Johor hanya 8,979 dos terdiri daripada 7,512 dos pertama dan 1,467 dos kedua. Berbanding dengan minggu lepas pada 14 Jun, 15 Jun dan 17 Jun, bilangan dos mencecah 20,000 setiap hari di mana 15,000 orang mendapat suntikan dos pertama.

Secara purata kadar vaksinasi di negeri Johor menyusut 7% pada minggu ini (Jun 18 – Jun 25, purata 15,855 dos) berbanding dengan minggu lepas (Jun 11 – Jun 18, purata 17532 dos). Rekod 14 hari yang lepas dilampirkan dalam Rajah 1 seperti berikut.


Rajah 1: Vaksinasi Johor dari Jun 11 hingga Jun 25

Perkembangan demikian mendukacitakan rakyat Johor dan menimbulkan banyak persoalan. Apakah sebenarnya sebab-sebab Johor tidak dibekalkan vaksin yang cukup dan setimpal dengan bilangan penduduk yang ramai dan keadaan semasa Covid-19 yang amat serius berbanding negeri-negeri lain?

Setakat 25 Jun 2021, Johor menduduki tangga ketiga dalam senarai kes positif kumulatif Covid-19 dengan rekod sebanyak selepas negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes di Johor telah mengatasi negeri Sabah di mana penduduknya lebih ramai dan pernah dilanda gelombang yang amat teruk disebabkan Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020.

Kalau dibandingkan Sarawak pula, perbezaannya lagi ketara.

Bilangan penduduk di Sarawak hanya 2.8 juta tetapi di Johor 3.8 juta. Namun sejak awal bulan Jun vaksinasi di Sarawak semakin rancak dengan kadar purata 50,000 dos setiap hari. Sarawak lebih dua kali ganda cepat daripada Johor.

878,626 orang ataupun 31.2% penduduk Sarawak sekurang-kurangnya telah mendapat dos pertama manakala di Johor hanya 421,952 orang ataupun 11.1%.

Hampir semua warga emas di Sarawak telah mendapat vaksin termasuk mereka yang menduduki jauh di pedalaman. Ini adalah berita baik buat saudara kita di Sarawak. Tetapi di Johor dianggarkan masih ada 100,000 orang warga emas yang belum divaksin walaupun telah lama berdaftar. Perbandingan kadar vaksinasi Sarawak dan Johor ditunjukkan dalam Rajah 2 seperti berikut.


Rajah 2: Perbandingan kadar vaksinasi Sarawak dan Johor

Setiap hari saya ditanya soalan “kenapa bapa atau ibu saya yang berusia belum lagi dapat tarikh temujanji”. Saya dan rakan-rakan cuba sedaya upaya menenangkan rakyat yang menunggu dalam kegusaran. Kami dari Pakatan Harapan juga mengambil inisiatif membantu rakyat dan Kementerian Kesihatan dengan mengumpul nama-nama warga emas dan diletakkan dalam senarai ‘backup’.

Tetapi perkara pokok adalah pengurusan bekalan vaksin yang cekap dan pengagihan vaksin yang adil dan telus. Staf lapangan KKM memberitahu kami dengan nada yang kedengaran sayu, “YB, vaksin untuk Johor terhad.”

Kenapa vaksin terhad untuk Johor? Sampai beberapa PPV tutup sementara dan PPV lain beroperasi jauh di bawah kapasiti yang disasarkan. Di negeri Sarawak dan tempat lain semakin rancak vaksinasi tetapi di Johor tidak.

Kononnya berpandukan sains dan data. Tidak malukah Menteri-Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang berasal dari Johor dan yang sepatutnya lebih peka terhadap nasib Johor apabila Tuanku Sultan Johor bertitah dan menzahirkan rasa kecewa dengan kadar vaksinasi yang masih perlahan di Johor pada 23 Jun yang lalu? Cepatlah kerja dan pastikan hak vaksin dan kepentingan Johor dipertahankan segera!

Tarikh

Dos 1 Johor

Dos 2 Johor

Jumlah Dos Harian Johor

Dos 1 Sarawak

Dos 2 Sarawak

Jumlah Dos Harian Sarawak

11/6/2021’

5,283

592

5,875

8,918

2,875

11,793

12/6/2021

10,278

8,356

18,634

23,923

8,456

32,379

13/6/2021

12,694

3,529

16,223

24,824

7,255

32,079

14/6/2021

15,110

5,419

20,529

30,763

10,693

41,456

15/6/2021

13,294

7,247

20,541

34,605

8,551

43,156

16/6/2021

16,898

400

17,298

48,340

701

49,041

17/6/2021

14,497

5,959

20,456

46,248

3,472

49,720

18/6/2021

7,127

1,913

9,040

46,613

1,901

48,514

19/62021

8,693

9,942

18,635

39,512

7,257

46,769

20/6/2021

7,331

6,387

13,718

39,491

4,206

43,697

21/6/2021

8,127

8,611

16,738

56,975

2,281

59,256

22/6/2021

9,639

7,629

17,268

54,193

563

54,756

23/6/2021

9,262

8,792

18,054

54,253

428

54,681

24/6/2021

10,222

7,372

17,594

54,850

6,327

61,177

25/6/2021

7,512

1,467

8,979

47,870

7,134

55,004