Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini telah mencantaskan kes yang bertujuan untuk mewajibkan Najib, 1MDB dan rejim pemerintah Pusat BN untuk menjawab soalan-soalan penting berkaitan 1MDB.
Hal ini telah memadam harapan yang mahkamah menjadi saluran terakhir untuk kita mendapatkan keadilan buat rakyat, atau sekurang-kurangnya mendapat jawapan kepada soalan perihal 1MDB, yang rejim BN sedang kerja keras untuk diamkan.
Di sebalik keputusan mahkamah ini, GANT1 dan Pemuda Pakatan Harapan akan tetap berusaha untuk merayu keputusan tersebut, sebab kita memang berhak ke atas kebenaran.
Tuntutan kita sangat mudah, kita hanya mahu menghentikan penyeludupan wang cukai kita untuk menutup skandal 1MDB. Kita juga mahukan butiran pembayaran 1MDB kepada IPIC dan Aabar Investments PJS didedahkan kepada kita.
Sekumpulan ahli Parlimen telah mengutarakan kebimbangan ke atas kesan 1MDB terhadap reputasi dan kepentingan rakyat Malaysia – malah membawa usul tentang 1MDB untuk diperbahaskan. Hari ini, wakil rakyat Pakatan Harapan iaitu Nga Kor Ming (DAP-Taiping), V Sivakumar (DAP-Batu Gajah) dan Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) telah digantung susulan permintaan mereka supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat meletak jawatan. Pandikar Amin Mulia telah menolak permintaan mereka untuk membawa usul kecemasan tentang kapal mewah 1MDB, Equanimity dan soalan-soalan berkaitan 1Mdb. Kalau soalan tidak boleh ditanya di Parlimen, di mana lagi ia boleh ditanya?
Kita sekarang saksikan mahkamah telah termakan hujah mengarut peguam Najib atas aalsan teknokal, yang membenarkan Najib terlepas dari kandang pertuduhan. Kesannya ia telah menjadikan mahkamah bukan lagi platform untuk mendedahkan kebenaran terhadap korupsi dan salahlaku fasal 1MDB.
Kita telah lihat warta kerajaan yang segalanya berkaitan 1MDB yang tidak datang dari kerajaan adalah ‘berita palsu’, dan Dewan Rakyat akan meluluskan akta cop getah untuk mengjenayahkan ‘berita palsu’. Mudahnya, kini adalah jenayah untuk berkata apa-apa berkaitan 1MDB yang tidak cocok dengan propaganda rejim BN.
Segala saluran sivik dari media sosial hinggalah ke sembang kedai kopi telah disekat untuk mengikut naratif propaganda rasmi BN. Perbahasan dan wacana sekarang berisiko untuk ditahan dan pendakwaan.
Seluruh jentera rejim pemerintah – daripada legislatif dan kehakiman – telah dijana untuk menutup sebarang perbincangan awam tentang 1MDB.
Jika Najib tiada apa yang mahu disembunyikan, mengapa tidak berdiri di mahkamah undang-undang dengan berani untuk menjawab kami?
Mungkin, dia ada segalanya untuk disembunyikan, tetapi kita rakyat Malaysia tidak akan tertipu!