Skip to content

Kalau tak tunggang, maka itu bukan PAS

Amat janggal apabila PAS hanya mula tunggang apabila isu dah sampai penghujung.

Adakah PAS tidak bersetuju dengan tindakan membuat laporan polis terhadap perihal politik samseng?

Adakah PAS bersetuju dengan tindakan samseng yang menyerbu kedai peniaga kecil sehingga menatijahkan kesemua kedai di kawasan berkenaan terpaksa ditutup?

Cuma rasa pelik apabila Setiausaha Agung PAS mengatakan bahawa sudah menasihati Pemuda PAS untuk tidak campur dalam isu tersebut, namun mungkin YB Kota Bharu tidak membaca berita bahawa Pemuda PAS telah menubuhkan pasukan pantau bendera terbalik seminggu yang lalu, maksudnya sebenarnya Pemuda PAS dah lama tunggang isu tersebut tanpa pengetahuan Setiausaha Agung PAS.

Apa-apapun ucapan tahniah seharusnya dirakamkan kepada Ketua Pemuda PAS yang berjaya tunggang isu tersebut dengan kononnya menyokong tindakan samseng sebelum himpunan diadakan walaupun tidak kelihatan kemunculannya dan juga ahli-ahli PAS dalam hari tersebut. Pandai tunggang dan elak.

Ayuh kesemua kami sebagai ahli politik berperanan untuk membina jambatan perpaduan, dan terus menjadikan politik perpecahan & perkauman sebagai musuh utama daripada menjadikan sekolah biasa dan peniaga kecil sebagai musuh.