Muda telah memilih untuk meninggalkan kerajaan perpaduan.
Kami amat kecewa dengan sikap Muda yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kerajaan perpaduan sejak kebelakangan ini.
Muda juga meletakkan calon untuk melawan PH/BN semasa PRN negeri yang lalu.
Tambah menyedihkan lagi, secara kasarnya presiden telah melabelkan DAP sebagai lapdog.
Walaupun PH banyak membantu mereka sebelum ini, tetapi tindakan ini menunjukkan yang mereka tidak mengenang jasa.
Oleh kerana Muda telah memilih dan memutuskan untuk meninggalkan kerajaan peraduan dan bersikap tidak mesra dengan kerajaan perpaduan, maka secara automatiknya, adun muda di Johor bukan lagi berada dalam blok pengimbang PH.