Skip to content

Kastam Malaysia berhutang RM36 juta GST tahun 2016 kepada 12 PBT Selangor

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) telah menyatakan terdapat 62,000 daripada 441,000 syarikat yang berdaftar di kenal pasti gagal mambayar jumlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan sempurna. Ini telah mengakibatkan Kastam terpaksa mengeluarkan notis peringatan mesra kepada mereka agar mereka boleh membuat bayaran dengan kadar yang segera bagi mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang.

Berikutan dengan keberkesanan pihak Kastam itu, saya ingin bertanya pula dengan Kastam bagaimana dengan GST yang Kastam masih berhutang dengan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam negeri Selangor yang masih belum dipulangkan sejak tahun 2016. Apakah tindakan yang boleh PBT ambil terhadap Kastam? Menurut maklumat yang di perolehi, bagi suku keempat tahun 2016 sahaja, Kastam masih berhutang sejumlah RM36,182,986.95 juta kepada 12 PBT di dalam negeri ini (pecahahan boleh di perolehi dalam Jadual 1). Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh di terima sama sekali kerana Kastam berjanji akan memulangkan ‘Output Tax’ kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan mereka dalam tempoh masa selewat-lewatnya 28 hari.

Menurut Seksyen 64, Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (2014), Akta 762, adalah jelas menyatakan bahawa cukai GST tidak di kenakan ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang di buat oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri dalam perintah yang di siarkan dalam Warta. Ia juga di implimentasikan ke atas mana-mana PBT dan badan berkanun dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya. Justeru itu, adalah tidak masuk akal bagi Kastam untuk mengutip GST daripada PBT dan memulangkannya kemudian. Ini telah menambah beban kerja bukan sahaja pegawai PBT malah merumitkan lagi proses perbelanjaan tahunan PBT. Ia juga menjejaskan perbelanjaan tahunan PBT yang telah diluluskan dalam Perbelanjaan tahunan kerana terpaksa menyediakan 6% untuk GST bagi setiap projek infrastruktur yang di laksanakan.

Kastam sepatutnya menggunakan sistem surat pelepasan bagi perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan yag berkenaan untuk mengelakkan kesulitan yang berlaku kini. Contohnya, setiap kontraktor ataupun pembekal yang dilantik oleh PBT akan di bekalkan sepucuk surat peleasan GST daripada Kastam. Ini membolehkan invois yang di keluarkan kelak mencatatkan kadar GST pada 0% dan kontraktor ataupun pembekal boleh membuat tuntutan ‘output tax’ secara terus dengan Kastam. Ini merupakan teori yang mudah dan saya tidak faham mengapa mereka tidak menggunakannya dan ia telah menyebabkan pelbagai tekaan daripada saya seperti adakah kerajaan pusat sudah hampir bankrap dan perlukan wang GST daripada PBT untuk mengekalkan perbelanjaannya?