Skip to content

Keadilan Sabah dan DAP Sabah memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS di Sabah

Keadilan Sabah dan DAP Sabah membuat pendirian bersama hari ini untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS di Sabah kerana kami tidak bersetuju dengan pelaksanaan Hudud di Malaysia memandangkan tidak ada keperluan untuk melaksanakannya buat masa ini.

Kami telah mengambil kira semua pandangan, faktor dan keadaan politik semasa dan telah mengambil keputusan yang berat untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Pas. Namun begitu, kami akan terus komited untuk berjuang dalam Pakatan Rakyat di antara PKR dan DAP.

Kami ingin menyatakan secara jelas bahawa kami, pemimpin-pemimpin Muslim dalam Parti Keadilan Rakyat tidak menolak hukum Hudud kerana ia adalah terkandung dalam Al-Quran, tetapi kami menolak pelaksanaannya di Malaysia. Kami telah mengharapkan bahawa PAS tidak akan meneruskan hasratnya untuk melaksanakan Hukum Hudud. Namun, adalah amat jelas sekarang bahawa mereka amat serius untuk melaksanakannya. Oleh sebab itu, adalah terlalu rumit untuk meneruskan kerjasama politik dengan mereka dalam keadaan sedemikian.

Oleh itu, dengan hati yang berat kami membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dengan Pas di Sabah.