Serangan pengganas oleh kumpulan ekstremis yang telah mengeksploitasi nama baik Islam telah menimbulkan ketakutan, kerana para pengganas memang mensasarkan asas kejayaan barat, iaitu kebebasan dari rasa takut. Bagi sesetengah orang, kebebasan dilihat sebagai satu nilai asing, dan juga suatu ancaman kepada kuasa dan status kumpulan-kumpulan sedia ada.
Rakyat Malaysia harus menyokong nilai asasi kebebasan yang membantu membentuk masyarakat yang berjaya, progresif dan makmur, sepertimana banyak negara-negara membangun. Kebebasan tidak bererti mutlak, tetapi kebebasan daripada rasa takut dan juga kebebasan untuk menuju serta memberi ganjaran untuk kecemerlangan.
Rakyat Malaysia mesti menolak para ekstremis yang menyebarkan dakyah kebencian, sikap tidak toleran dan keganasan. Sebaliknya kita mesti menghormati hak dan maruah saudara seMalaysia yang berkongsi impian keadilan, demokrasi dan kemakmuran ekonomi, serta terkesan dengan masalah-masalah akibat rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi.
Politik tidak sepatutnya berkisar tentang konfrontasi dan kerja mengasing-asingkan, tetapi seharusnya berkisar tentang kerjasama dan keterangkuman. Atas sebab ini, urustadbir yang baik memainkan peranan penting dengan melaksanakan dasar-dasar yang baik, yang menjanjikan hasil yang baik serta penyampaian yang memperbaiki kelangsungan hidup rakyat.
Dalam politik pentadbiran, soal menang ialah mengenai kerja menghasilkan idea yang kreatif dan bagus untuk menangkap imaginasi ke arah masa depan yang lebih cerah. Masa depan akan terlepas dari capaian BN dan UMNO kerana ia sedang menumpukan kepada usaha menakut-nakutkan kita dan membangkitkan kebencian yang mengurangkan nilai manusia dari kalangan warga minoriti. Politik kebencian ini bertujuan untuk mengelak daripada membincangkan masalah-masalah yang lebih nyata seperti skandal 1MDB atau aliran keluar wang haram mencecah RM1.4 trilion antara tahun 2003-20013. Atau soal isi rumah Malaysia berhutang pada kadar 87.1% daripada KDNK setakat September 2014, yang tertinggi di Asia berdasarkan anggaran Bank Dunia, setelah membelon menjadi RM854.3 bilion (86.8% daripada KDNK( pada tahun 2013 berbanding RM243.2 juta (67.2% daripada KDNK) pada tahun 2002.
Secara mudah, rakyat Malaysia mesti menghukum tabiat buruk dan memberi ganjaran kepada mereka yang berbuat kebaikan. Adakah kita mahukan sebuah masyarakat dio mana ekstremisme demi mempertahankan kaum tidak dikira satu kesalahan, tetapi kesederhanaan demi mempertahankan keadilan tidak dilihat sebagai satu kemuliaan?