Kegagalan Kabinet untuk memenuhi tempoh 2 minggu untuk menukar semula dasar kabotaj Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong yang ditolak dan menyelamatkan masa depan digital dan pelaburan berteknologi tinggi negara bernilai antara RM12-15 bilion adalah lambang sebuah kerajaan yang gagal. Wee telah menolak pada 13 November 2020 untuk meneruskan dasar kabotaj PH untuk memberikan pengecualian kepada kapal asing yang melakukan pembaikan kabel dasar laut bagi mendorong pelaburan digital asing.
Kedegilan Wee dalam meneruskan dasar kabotaj yang gagal telah menyebabkan Facebook dan Google mengenepikan Malaysia, apabila kebimbangan mereka mengenai kelewatan sehingga 27 hari untuk pembaikan kabel bawah laut tidak diendahkan. Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Hussin secara terbuka menyalahkan Wee yang membatalkan pengecualian kabotaj telah menyebabkan Malaysia diketepikan oleh Facebook dan Google dengan memilih Singapura dan Indonesia. Rais menambah bahawa turut disemak semula adalah pelaburan berpotensi pusat data bernilai RM 12-15 bilion pelaburan asing.
Dalam mesyuarat Kabinet pada 14 April, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memberikan tempoh 2 minggu kepada 6 Kementerian yang berbeza untuk mengkaji semula kesan dasar kabotaj negara ini terhadap industri digital dan perkapalan. Sekarang tempoh minggu sudah tamat, namun masih tiada sebarang berita tentang masa depan digital negara. Tiada sebarang tindakan terhadap hasil kajian semula ini adalah perkara biasa bagi sebuah kerajaan yang gagal.
Kerajaan PN telah gagal dalam ujian untuk mengutamakan masa depan digital Malaysia dengan memberi keutamaan kepada masa depan politik mereka sendiri, semata-mata bagi menjaga air muka Wee demi memastikan sokongan 2 Ahli Parlimen MCA Wee kepada PN. Pelaburan digital Malaysia bernilai RM12-15 bilion tidak sepenting 2 MP MCA, kritikal bagi Kerajaan PN yang tidak mampu kehilangan mana-mana Ahli Parlimen selepas kehilangan majoriti parlimen.