Skip to content

Kegagalan usul SOSMA tidak melanggar persefahaman MOU

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiada hujah yang berasas bagi mendakwa ahli parlimen pembangkang telah melanggar persefahaman MOU dalam isu menolak usul kerajaan iaitu Rang Undang-Undang mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau lebih dikenali SOSMA.

Perkara 3.3(B) MOU di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) adalah:

“Tertakluk kepada penunaian dan pelaksanaan Transformasi di dalam Memorandum Persefahaman ini, mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan atau rang undang-undang lain yang kegagalan meluluskannya merupakan suatu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada Kerajaan, selepas proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirundingi dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya.”

Jelasnya, apa-apa usul kerajaan atau rang undang-undang yang dibentangkan dalam Parlimen untuk kelulusan perlunya ada perundingan dan persetujuan secara bersama pada dasarnya terlebih dahulu.

SOSMA membenarkan orang yang ditangkap ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan bagi tujuan penyiasatan.

Akta ini seumpama akta zalim yang boleh menghukum seseorang sebelum terbukti bersalah. Ia adalah akta berbentuk kezaliman dan mencabuli hak asasi manusia.

Pada PRU-14 yang lalu, PH pernah berjanji untuk memansuhkan akta itu dan beberapa lagi akta yang zalim mencabuli hak asasi manusia dalam manifesto PH.

PH tidak mungkin setuju kepada apa-apa akta yang berbentuk zalim dan ganas kepada hak asasi manusia malah diluluskan dalam Parlimen.

Jelas bahawa usul kerajaan iaitu melanjutkan pelaksanaan tempoh tahanan 28 hari SOSMA tidak mendapat persetujuan dari PH pada dasarnya.

Justeru, dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan konco-konconya adalah tidak berasas, sedangkan BN sendiri yang melanggar mandat rakyat Malaysia iaitu membentuk akta-akta yang mencabuli hak asasi manusia.

Perkara ke-3 MOU