Skip to content

Kekesalan dengan tindakan parti Perikatan Nasional yang menggunakan karikatur

Saya kesal dengan tindakan parti Perikatan Nasional yang menggunakan karikatur yang seolah-olahnya menyindir YAB PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Anthony Loke.

Tindakan ini bukan sahaja tidak wajar, malah mencerminkan pendekatan politik yang sangat tidak matang.

Sindiran melalui karikatur sebegini yg berniat jahat tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara, malah cuba memesongkan tumpuan daripada isu sebenar yg perlu kita atasi bersama seperti perang tariff Trump.

Sebagai parti politik yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kita percaya bahawa perdebatan politik harus berteraskan dasar, pelan pembangunan serta cadangan penambahbaikan, bukannya mempermainkan individu dengan cara yang kebudak-budakan serta memperalatkan ugama dan kaum sebagai modal murahan.

Pakatan Harapan komited dan cakna utk memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning bagi memperkukuh hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan pembangunan negeri Perak selaras dengan wawasan Perak Sejahtera 2030.

Negara kita memerlukan pilitik yg membina, bukan membinasa.