Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991 – adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang “memberi dan menerima rasuah”?
Dalam serangan terkininya, Presiden PAS, Hadi Awang, menuduh orang Melayu sedang dipermain-mainkan dan ditipu akibat daripada kealpaan dan kejahilan mereka dan sedang menjadi mangsa politik negara, dibelenggu dengan rasuah, kemerosotan moral, dan perpecahan dalam kalangan mereka sendiri.
Dia mengutuk orang Melayu yang bekerjasama dengan orang bukan Islam dan bukan Melayu yang dituduhnya sebagai “perompak terbesar” yang memberi dan menerima rasuah.
Adakah ini sebabnya mengapa Kelantan, Terengganu, dan Kedah menjadi tiga negeri dengan kadar pembangunan yang paling perlahan dalam 30 tahun yang lepas sejak dari tahun 1991 hingga 2020, walaupun negeri-negeri ini dikawal oleh pada pada satu-satu masa – dan dalam kes Kelantan pula, sejak dari Pilihan Raya Umum 1990?
Semasa rancangan 30 tahun Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991 untuk Malaysia menjadi satu negara maju, Terengganu berada di tempat ke-2, Kedah di tempat ke-11, dan Kelantan berada di tempat terakhir dari segi KDNK per kapita untuk negeri-negeri di Malaysia.
Tiga puluh tahun kemudian pada tahun 2020, Terengganu telah jatuh ke tempat ke-10, Kedah ke tempat ke-13 dan Kelantan kekal di tempat terakhir dari segi KDNK per kapita negeri-negeri Malaysia.
Bolehkah Hadi berikan penjelasan mengenai perkara ini?
Saya telah minta Hadi untuk menamakan “perompak-perompak” bukan Islam dan bukan Melayu yang telah memberi dan menerima rasuah, menipu orang Melayu dan orang Islam, selama setengah abad sejarah negara, terutamanya para “perompak” di Kelantan, Terengganu, dan Kedah!