Skip to content

Kelmarin kapitalisme kroni BN, hari ini kleptokrasi berkelas dunia

Pertamanya, saya mahu menghargai pengakuan Khairul Azwan yang mengatakan UMNO sememangnya parti yang mengamalkan kapitalisme kroni.

Namun, dia gagal untuk menerangkan bagaimana ia boleh berubah dari keadaan dahulu yang sudah teruk, kepada kleptokrasi Malaysia yang dikenali hari ini. Tapi apalah yang boleh diharap sangat dari parti politik yang diketuai oleh seorang pencuri, perompak dan kleptokrat ini.

Kata Khairul Azwan, “pembangkang perlu bersaing”, tetapi partinya sendiri tidak boleh berfungsi dan efektif menjadi pembangkang di negeri yang mereka ialah pembangkang.

Selangor dan Pulau Pinang, di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan adalah jauh lebih kehadapan berbanding negeri-negeri yang ditadbir BN adalah segala segi pentadbiran. Bilakah UMNO dan BN akan ‘bersaing’ demi rakyat?

Kalau dia mahu melawan berita palsu, dia sendiri perlu melawan berita palsu yang dijana oleh oleh parti dan akar umbi nya. Penipuan atas nama perkauman dan propaganda fitnah yang menunggang agama yang membentuk tulang belakang kegiatan politik UMNO mestilah dihapuskan terlebih dahulu.

Untuk Pakatan Harapan, kami menentang segala bentuk kapitalisme kroni dan kami telah buktikan diri kami sebagai Pembangkang yang kukuh. Pada masa yang sama kami bersatu untuk menghapuskan kleptokrasi dari Malaysia. Mara kehadapan ialah ekonomi saksama untuk semua – ekonomi manusiawi, kerja, gaji dan kehidupan yang layak untuk semua rakyat Malaysia. Tolak kleptokrasi, tolak kapitalisme kroni. Kitalah bekerja untuk yang ramai, bukan untuk yang sedikit.

Seandainya dia menentang kapitalisme kroni demi rakyat Malaysia, mengapakan dia menyokong kleptokrat berkelas dunia?

http://www.malaysiakini.com/news/408705